Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange to thin layoutChange to default layoutChange to wide layoutChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
T
Portal Rasmi
KERAJAAN NEGERI SELANGOR
 
selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PORTAL SELANGOR


SERTAI KAJIAN KEPUASAN 
PELANGGAN PEJABAT SUK SELANGOR

KLIK/SCAN
qr kajian pelanggan portal
 

KLIK/SCANqr kajian pelanggan suk

berita

Laksana transformasi, Selangor kekal perintis penjawat awam

Jan 13, 2020 -   SHAH ALAM, 13 JAN: Penjawat awam perlu melaksanakan transformasi bagi memastikan Selangor kekal sebagai perintis dalam perkhidmatan awam seiring dengan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0), kata setiausaha kerajaan negeri. Dato’ Mohd Amin Ahmad Ahya berkata, dimensi baharu ini menyaksikan semua pihak terutama ketua jabatan harus lebih berani dan terbuka menerima gelombang pembaharuan akan datang. “Saya melihat kita perlu melaksanakan transformasi perkhidmatan awam seiring IR 4.0 ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3750

Penjawat awam perlu pantas beri maklum balas rakyat

Jan 13, 2020 - SHAH ALAM, 13 JAN: Penjawat awam perlu lebih peka memberikan reaksi terhadap sesuatu kes seiring perkembangan teknologi kerana rakyat kini mahu penyelesaian lebih pantas. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kerjasama antara jabatan pada peringkat negeri atau persekutuan perlu dipertingkatkan bagi memastikan keberkesanan penyampaian kepada masyarakat. “Saya percaya semua orang sekurang-kurangnya memiliki satu akaun (laman sosial) tidak kira Facebook, ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3748

Selangor latih 1,202 Cikgu AnIS didik anak istimewa

Jan 13, 2020 -   SHAH ALAM, 12 JAN: Seramai 1,202 Cikgu Anak Istimewa Selangor (AnIS) menerima latihan khusus bagi mendidik anak-anak kelainan upaya di 452 taska seluruh negeri. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan  Keluarga Dr Siti Mariah Mahmud berkata sekurang-kurangnya empat tenaga pengajar terlatih ditempatkan di setiap pusat jagaan berkenaan. “Sebelum ini, ibu bapa mengalami kesukaran untuk memilih pusat jagaan yang boleh menerima anak istimewa kerana tiada guru terlatih ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3746

Indeks jenayah di Selangor turun 7.16 peratus

Jan 09, 2020 - SHAH ALAM, 8 JAN: Selangor mencatatkan penurunan 1,528 kes daripada 19,810 kejadian jenayah berbanding tahun lalu, kata ketua polis negeri. Berdasarkan penurunan 7.16 peratus kes itu, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata sebanyak 33,977 kertas siasatan jenayah dibuka. Walaupun sasaran penyelesaian kes ditetapkan adalah 45 peratus, beliau berkata sebanyak 61.75 peratus membabitkan 12,232 kes  dapat diselesaikan. “Jabatan Siasatan Jenayah turut berusaha mengekang kegiatan perjudian, ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3744

Detailing Garage penuhi aspirasi hab otomobil Selangor

Jan 09, 2020 - SHAH ALAM, 4 JAN: Anak syarikat milik penuh PKNS Real Estate Sdn Bhd (PREC), Park Here Sdn Bhd (PHSB) mengorak langkah setapak lagi dalam mempelbagai cabang perniagaan apabila memperkenalkan perkhidmatan perincian auto ‘Detailing Garage’ kepada ahli berdaftar dengan pengurusan itu. Ketua Pengurusan PHSB, Mohd Ardisham Mohamad Shahir berkata, pengenalan khidmat terbaharu itu sebagai mencerminkan komitmen perunding tempat letak kenderaan terbabit untuk mencapai aspirasi menuju ke ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3742

Landasan terbaik terokai keunikan Bandar Diraja Klang

Jan 09, 2020 - KLANG, 4 JAN: Pakej lawatan pelancongan ‘Royal Klang Heritage Walk’ dijangka akan terus menjadi pilihan dan tarikan pelancong untuk menerokai keunikan sejarah, kesenian dan kebudayaan di sini. Pengurus Besar Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, Kerajaan Negeri mengambil langkah proaktif memperkenalkan lawatan berjalan kaki di sekitar bandar diraja itu sejak 2015. Katanya, ia merangkumi lawatan ke 11 tempat bersejarah di sekitar daerah Klang yang mengambil masa lebih dua ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3740

Pelancong belanja RM13.2 bilion di Selangor sepanjang 2018

Jan 07, 2020 - SUBANG, 1 JAN: Selangor mencatatkan kutipan perbelanjaan RM13.2 bilion hasil kunjungan kira-kira 7.2 juta pelancong tempatan dan luar negara ke negeri ini pada 2018. Exco Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata jumlah itu meletakkan Selangor di hadapan diikuti Sabah dan Sarawak. “Jumlah perbelanjaan pelancong pada 2019 ialah RM15 bilion, namun jumlah tepat akan diperolehi pada April 2020,” katanya ketika ditemui pada Majlis ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3736

Teroka kaedah baharu pengurusan, pelupusan sampah

Dec 30, 2019 - SHAH ALAM, 26 DIS: Pendekatan sistematik dan efisien berhubung pengurusan sisa pepejal serta pelupusan sampah perlu dikaji dan diterokai dengan lebih komprehensif. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, pendekatan itu merangkumi penambahbaikan pentadbiran, sistem data, gerak kerja, teknologi dan penggunaan kecerdasan buatan. Katanya, usaha itu bagi memastikan pengurusan dan pelupusan sisa pepejal setanding negara maju bagi memenuhi ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3730

Tarikh akhir daftar Skim Air Darul Ehsan 31 Disember

Dec 24, 2019 - KUALA LUMPUR, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kempen dan hebahan sebagai pecutan terakhir buat rakyat Selangor mendaftar Skim Air Darul Ehsan sebelum tarikh tutup pada 31 Disember ini. Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Abdul Halem Mat Som berkata, pelbagai medium komunikasi dimanfaatkan termasuk menerusi media cetak, elektronik,  berita atas talian dan media sosial seperti Facebook, Instagram serta Twitter bagi menyeru rakyat negeri ini ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3728

Rancak aktiviti giat kempen Tahun Melawat Malaysia 2020

Dec 23, 2019 -   PELABUHAN KLANG, 22 DIS: Karnival memancing di Pantai Tanjung Harapan akan dijadikan acara tahunan sebagai usaha merancakkan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata ia susulan lebih 2,000 kaki pancing termasuk Sabah dan Sarawak mengunjungi pantai berkenaan sepanjang tahun ini. Katanya walaupun terletak di tengah-tengah kesibukan kapal kontena dan lori muatan berat, namun ia tidak menghalang ...
Tags matched : berita
└https://www.selangor.gov.my/index.php/pages/view/3726