Portal RasmiKERAJAAN NEGERI SELANGOR |
|
Dec 30, 2019 - SHAH ALAM, 26 DIS: Pendekatan sistematik dan efisien berhubung pengurusan sisa pepejal serta pelupusan sampah perlu dikaji dan diterokai dengan lebih komprehensif. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, pendekatan itu merangkumi penambahbaikan pentadbiran, sistem data, gerak kerja, teknologi dan penggunaan kecerdasan buatan. Katanya, usaha itu bagi memastikan pengurusan dan pelupusan sisa pepejal setanding negara maju bagi memenuhi ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3730
Dec 24, 2019 - KUALA LUMPUR, 24 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) giat melaksanakan kempen dan hebahan sebagai pecutan terakhir buat rakyat Selangor mendaftar Skim Air Darul Ehsan sebelum tarikh tutup pada 31 Disember ini. Ketua Jabatan Komunikasi Korporat, Abdul Halem Mat Som berkata, pelbagai medium komunikasi dimanfaatkan termasuk menerusi media cetak, elektronik, berita atas talian dan media sosial seperti Facebook, Instagram serta Twitter bagi menyeru rakyat negeri ini mengambil ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3728
Dec 23, 2019 - PELABUHAN KLANG, 22 DIS: Karnival memancing di Pantai Tanjung Harapan akan dijadikan acara tahunan sebagai usaha merancakkan Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2020. EXCO Kebudayaan dan Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata ia susulan lebih 2,000 kaki pancing termasuk Sabah dan Sarawak mengunjungi pantai berkenaan sepanjang tahun ini. Katanya walaupun terletak di tengah-tengah kesibukan kapal kontena dan lori muatan berat, namun ia tidak menghalang pantai ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3726
Dec 23, 2019 - PETALING JAYA, 19 DIS: Pengasas Legasi Ning Salmah, Sharifah Nur Aliyah Barakbah tidak menyangka terpilih sebagai salah seorang peserta ‘Success Story HIJRAH 2019’ ekoran pencapaian cemerlangnya. Pengusaha produk penjagaan ibu dan anak berusia 31 tahun itu berkata pengiktirafan oleh Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) sekali gus memberi inspirasi kepadanya untuk terus maju. “Saya tidak sangka terpilih sebagai peserta walaupun baharu sahaja membuat pinjaman bersama HIJRAH pada ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3724
Dec 17, 2019 - SHAH ALAM, 17 DIS: Anugerah Hadiah Sastera Selangor 2019 menjadi sejarah apabila berjaya menghimpunkan enam Sasterawan Negara terkemuka pada majlis dianjurkan Communication Corporation Sdn Bhd (CCSB) yang dikenali sebagai Media Selangor. Sasterawan Negara yang hadir ialah Datuk A.Samad Said, Datuk Dr Anuar Rethwan, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah (Kemala), Datuk Dr Zurinah Hassan, Prof Dr Siti Zainon Ismail dan Datuk Baha Zain. Dato’ Menteri Besar, Dato Seri Amirudin Shari berkata, majlis ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3716
Dec 17, 2019 - SHAH ALAM, 16 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan buku perjalanan hidup DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin hari ini. Baginda melancarkan naskhah berjudul “Perjalanan Tahun Pertama Saya Dari Penyampai Berita TV ke Tengku Permaisuri Selangor” (My First Year Journey, from TV News Anchor to Tengku Permaisuri Selangor) di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam, di sini. Mengiringi baginda, Tengku ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3714
Dec 17, 2019 - SHAH ALAM, 16 DIS: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menggalakkan pengguna beralih kepada perkhidmatan bil dalam talian (e-bil) kerana dapat mengurangkan penggunaan kertas selain mudah dan pantas. Ketua Komunikasi Korporatnya, Abdul Halem Mat Som berkata, kaedah e-bil menerusi emel itu pengguna boleh membuat pembayaran bil air tidak kira waktu dan di mana sahaja secara dalam talian tanpa perlu membawa bil fizikal. “Kaedah e-bil ini sudah bermula sejak Januari tahun lalu, dan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3711
Dec 17, 2019 - SHAH ALAM, 14 DIS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah menzahirkan rasa sukacita serta tahniah kepada atlet negeri yang meraih pingat pada Sukan SEA di Filipina. Ucapan keluarga diraja itu dizahirkan melalui Facebook Selangor Royal Office yang turut merakamkan tahniah kepada pegawai terlibat pada temasya berkenaan. Baginda turut berbangga terhadap pencapaian atlet Selangor yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3709
Dec 16, 2019 - SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan permohonan permit Bazar Ramadan secara dalam talian bermula pada 1 sehingga 31 Disember ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, peniaga perlu mengisi borang permohonan dan memuat naik salinan dokumen lengkap diperlukan secara dalam talian dengan melayari https://bazar.mbsa.gov.my. “Sebanyak 31 lokasi tapak bazar disediakan MBSA pada tahun ini antaranya di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3707
Dec 12, 2019 - KLANG, 11 DIS: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dikurniakan darjah kelas pertama, Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor (SPMS) yang membawa gelaran Dato’ Seri. Beliau mendahului senarai 91 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-74 Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Alam Shah, di sini, hari ini. Segak berbaju biru muda, Amirudin ditemani oleh isterinya, Masdiana Muhamad. Selain memegang jawatan Dato’ ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3701
Dec 12, 2019 - SHAH ALAM, 9 DIS: Hari Diabetes dan Kanak-Kanak diangkat sebagai tema Karnival 3W (Wellness, Welfare & Women) peringkat Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) di Padang Awam MPSJ, Puchong Indah pada 15 Disember ini. Timbalan Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MPSJ, Azfarizal Abdul Rashid berkata karnival seawal 7.30 pagi itu bagi memberi pendedahan meluas kepada masyarakat terhadap usaha Kerajaan Negeri menyebarkan maklumat berhubung perkhidmatan kesihatan dan kebajikan. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3699
Dec 06, 2019 - KUALA LUMPUR, 4 DIS: Wan & Mary, label dimiliki Hazzerwan Lee dan Mariam Musa berjaya menambat hati juri sekali gus dinobatkan sebagai Pereka `Aspiring’ Selangor Modest Fashion 2019, malam tadi. Kedua-dua sahabat pelajar Kolej Kemahiran Tinggi Mara Rembau itu tidak sangka mereka terpilih pada majlis itu sekali gus berjaya mengalahkan pesaing lain yang turut dianggap hebat. Hazzerwan berkata, pilihan tema lautan pada busana santun yang digayakan pada Malam Gala Selangor Modest Fashion ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3697
Nov 21, 2019 - SHAH ALAM, 20 NOV: Selangor menerusi tiga syarikat berkaitan kerajaan (GLC) miliknya memeterai memorandum persefahaman (MoU) bersama United Kingdom, Amerika Syarikat dan juga Turki ketika Kongres Bandar Pintar Sedunia (Smart City Expo World Congress) di Barcelona, hari ini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perjanjian itu melibatkan Smart Selangor Development Unit (SSDU), Kumpulan Darul Ehsan Berhad Waste Management (KDEBWM) dan Smartsel Sdn Bhd. “Kerjasama ini ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3682
Nov 21, 2019 - HULU LANGAT, 20 NOV: Seramai 65,000 golongan asnaf, fakir dan miskin di negeri ini dibantu Lembaga Zakat Selangor (LZS) pada tahun ini. Ketua Operasi Agihan Hulu Langat LZS, Mohd Aqmal Jais berkata, daripada jumlah itu, 9,197 penerima adalah dari Hulu Langat. Katanya, jumlah itu mungkin akan meningkat dari semasa ke semasa dan bergantung kepada kerjasama pihak Skuad Jejak Kemiskinan setiap daerah, pemimpin setempat dan masyarakat. “Alhamdulillah, sehingga kini kita menerima kerjasama baik ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3680
Nov 21, 2019 - KLANG, 19 NOV: Selangor sedang mengkaji teknologi baharu untuk pembangunan kolam takungan di bawah padang permainan atau tempat parkir awam bagi membantu mengurangkan risiko banjir di negeri ini, kata EXCO Infrastruktur, Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian Dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim. Ir Izham berkata, pihaknya mahu satu kaedah yang moden digunakan dalam pembangunan kolam takungan itu agar pembinaan itu memberikan hasil yang sempurna. “Sesuatu pembangunan tidak akan boleh lari ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3678
Oct 29, 2019 - SHAH ALAM, 28 OKT: Jumlah mangsa banjir di empat buah Pusat Permindahan Sementara (PPS) di Kuala Selangor dekat sini terus merekodkan peningkatan apabila seramai 869 orang ditempatkan di pusat itu setakat jam 8 pagi ini. Smart Selangor Command Centre (SSCC) dalam satu kenyataan berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (S.K) Parit Mahang kini menempatkan 600 mangsa daripada 167 keluarga berbanding 591 mangsa daripada 164 keluarga, semalam. “Turut menunjukkan peningkatan ialah di S.K Pasangan, yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3670
Oct 29, 2019 - SHAH ALAM, 24 OKT: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan berangkat merasmikan Program Jelajah Jualan Terus Dari Ladang Peringkat Negeri Selangor 2019. Keberangkatan tiba baginda di AEON Mall Shah Alam diraikan dengan persembahan muzikal tari yang memaparkan kehidupan golongan petani. Baginda yang diiringi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Salahuddin Ayub turut meluangkan masa melawat tapak jualan. Sementara itu, program jelajah di bawah Program ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3668
Oct 24, 2019 - SHAH ALAM, 23 OKT: Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) 2019 berjaya merekodkan transaksi berjumlah RM447.3 juta sepanjang empat hari berlangsung bermula 10 Oktober sehingga 13 Oktober di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC). EXCO Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Kim berkata, jumlah itu meningkat daripada nilai direkodkan pada tahun 2018 berjumlah RM194.6 juta. “Daripada jumlah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3666
Oct 21, 2019 - SHAH ALAM, 19 OKT: Sebanyak 121,676 unit Rumah Selangorku membabitkan 274 projek diluluskan Kerajaan Negeri sejak 1 Januari 2014 hingga 30 September 2019. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Mohamed Talha berkata daripada jumlah itu, 4,532 unit membabitkan sembilan projek disiapkan dan berjaya diserahkan kepada pembeli. “Sebanyak 37,036 unit iaitu 30 peratus dengan 99 projek Rumah Selangorku yang diluluskan sudah mula dibangunkan di tapak masing-masing. “Kerajaan Negeri ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3662
Oct 21, 2019 - SHAH ALAM, 17 OKT: Selepas pembentangan Belanjawan 2020, orang ramai kini boleh memberi tumpuan kepada Belanjawan Selangor 2020 melalui siaran langsung daripada Dewan Negeri Selangor, pada 1 November ini. Pembentangan langsung Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari pada petang Jumaat itu boleh dilayari menerusi www.selangortv.my atau laporan berita melalui portal www.selangorkini.my. Berita dan perbincangan di internet mengenai peruntukan tahunan ini menggunakan tanda pagar #Selangor2020. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3660
Oct 17, 2019 - SHAH ALAM, 14 OKT: Kerajaan Negeri menyambut baik peruntukan pembangunan khusus untuk Selangor seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2020, 11 Oktober lalu. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, agihan peruntukan yang dikhususkan kepada Selangor perlu dilaksanakan sebaik mungkin oleh semua penjawat awam supaya dapat diselarikan dengan hasrat ke arah negeri pintar pada 2025. “Kita menyambut baik inisiatif-inisiatif yang dikemukakan termasuk peruntukan sebanyak RM2.16 bilion ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3653
Oct 17, 2019 - BANTING, 13 OKT: Usaha menyuburkan kembali persilatan akan terus dipergiat khususnya dalam kalangan belia di Selangor, kata EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman. Katanya, seni mempertahankan diri bangsa Melayu itu mampu menjadi alat perpaduan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar belakang dan ideologi politik. ”Kita sememangnya memiliki ramai pesilat, tetapi semakin lama jumlah itu semakin berkurang memandangkan ramai yang sudah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3651
Oct 17, 2019 - SHAH ALAM, 2 OKT: Penduduk di negeri ini berpeluang mendengar secara langsung taklimat pelaksanaan Skim Air Darul Ehsan daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) sehingga akhir Disember, tahun ini. Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan & Komunikasi Air Selangor, Abdul Raof Ahmad berkata, program itu bagi membolehkan orang awam mengetahui skim berkenaan dengan lebih lanjut, selain berpeluang menyertai sesi soal jawab jika terdapat kemusykilan. Katanya, sesi jelajah taklimat itu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3649
Oct 17, 2019 - SHAH ALAM, 1 OKT : Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) disaran memanfaatkan alam siber yang terbuka luas untuk menyampaikan dakwah kepada kumpulan sasar seiring dengan perkembangan teknologi masa kini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari bagaimanapun berkata, ia perlu dikawal supaya tiada pihak yang mengambil kesempatan menyebarkan dakyah ajaran sesat. “Unit dakwah berdepan cabaran besar bukan hanya untuk menyampaikan dakwah yang terbaik kepada semua pihak tetapi bagaimana mahu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3647
Oct 02, 2019 - SHAH ALAM, 27 SEPT: Pengguna Selangor yang berpendapatan isi rumah RM4,000 dan ke bawah boleh terus menikmati air percuma melalui pendaftaran antara 30 September hingga 31 Disember 2019. Pendaftaran baharu ini diperkenalkan dalam usaha penjajaran semula program air percuma, yang dinamakan Skim Air Darul Ehsan, bermula pada 1 Mac tahun depan. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, proses itu bagi mengumpul dan mengemaskini data pemohon yang layak melalui semakan dengan Lembaga Hasil ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3636
Sep 17, 2019 - SHAH ALAM, 16 SEPT: Kerajaan Negeri dijangka membentangkan Belanjawan 2020 pada awal November ini bagi menampung keperluan dan memperkasa rakyat di Selangor tahun hadapan. Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim berkata, belanjawan berkenaan akan dibentangkan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dengan membabitkan satu angka yang amat signifikan untuk rakyat secara keseluruhan. “Seperti biasa, saya yakin ia akan merangkumi semua aspek sosioekonomi, kebajikan dan hala tuju ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3610
Sep 17, 2019 - RAWANG, 14 SEPT: Kegembiraan jelas terpancar pada wajah 72 pemohon lot industri di Taman Greatyear Capital, Bandar Rawang Tambahan, di sini, apabila Kerajaan Negeri ‘menghadiahkan’ Notis 5A kepada mereka selepas penantian lebih dua dekad. Lebih bermakna, geran tanah berkenaan diserahkan sendiri oleh Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, di Dewan Serbaguna Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Batu 17, hari ini. Amirudin berkata, usaha murni Kerajaan Negeri dalam memuktamadkan isu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3608
Sep 03, 2019 - SHAH ALAM, 2 SEPT: Keadaan pesisir pantai di Selangor dilapor terkawal susulan fenomena air pasang besar yang berlaku sejak semalam. Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam satu kenyataan memaklumkan, hasil pemantauan mendapati tiada limpahan air melepasi ban atau benteng setakat 9.30 pagi tadi. “Hasil pemantauan dan maklumat diterima agensi keselamatan adalah bacaan Jadual Air Pasang Besar Pelabuhan Klang ketinggian paras air laut 5.5 meter pada 8.02 pagi tadi. “Bagaimanapun, ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3592
Sep 03, 2019 - SERI KEMBANGAN, 2 SEPT: Ahli Dewan Negeri Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah memperuntukkan RM10,000 bagi pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk menangani masalah pembuangan sampah haram di kawasan industri, di sini. Katanya, usaha itu dibuat berdasarkan aduan pengusaha industri kecil dan sederhana serta penduduk setempat ekoran lambakan sampah haram di kawasan terbabit, sejak akhir-akhir ini. “Apabila CCTV ini dipasang lebih awal, mungkin kita akan berjaya mengurangkan, sekali gus ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3590
Sep 03, 2019 - GOMBAK, 1 SEPT: Peningkatan gejala sosial, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan dalam kalangan anak muda di kawasan itu mendorong Masjid Al-Khairiyah, Taman Seri Gombak, di sini melaksanakan Majlis Pernikahan Perdana. Nazir masjidnya, Wan Nawawi Wan Dagang berkata, sebanyak 72 pasangan berjaya dinikahkan sejak program tahunan itu diadakan pada 2012. “Program dijalankan hasil inisiatif pihak masjid ini bertujuan mengurangkan masalah sosial dalam kalangan masyarakat masa kini. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3588
Sep 03, 2019 - SHAH ALAM, 1 SEPT: Pemantauan bijak ibu bapa terhadap penggunaan gajet di kalangan anak-anak boleh mengelak akses pornografi oleh mereka. Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad berkata, revolusi industri dan teknologi kini adalah cabaran besar kepada semua ibu bapa dalam menangani perkara berkaitan. Katanya, pornografi boleh mengakibatkan tingkah laku seksual yang buruk dan tidak normal, sekali gus akan cuba beraksi berdasarkan pada apa yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3586
Aug 05, 2019 - KLANG, 3 OGOS: Program Retro Klang 2019 antara landasan terbaik mempromosikan Klang Heritage Walk, kata Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin. Beliau berkata, kebanyakan orang awam atau pelancong dialu-alukan mengambil pakej Klang Heritage Walk bagi menyelusuri pelbagai lagi tempat menarik dan bersejarah yang wujud di daerah ini. “Sekiranya ada dalam kalangan pelancong luar atau tempatan ingin menerokai bandar Klang, mereka boleh mendapatkan pakej ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3559
Aug 05, 2019 - SHAH ALAM, 3 OGOS: ‘Sains Untuk kesejahteraan’ diangkat sebagai tema Minggu Sains Negara (MSN) Peringkat Negeri Selangor pada tahun ini bertepatan dengan kehidupan seharian manusia yang memberi impak besar terhadap kelestarian alam sekitar. EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, karnival fasa kedua anjuran Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) itu sebagai wadah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3557
Aug 05, 2019 - BANTING, 2 OGOS: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) bakal menganjurkan Pesta Morib 2019 selama tiga hari di Pantai Morib di sini, mulai 14 hingga 16 September ini. Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, pesta bermula dari jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam turut menyajikan lebih 15 acara menarik berkonsepkan udara, laut, dan darat boleh disertai pelbagai lapisan masyakat yang hadir di pesta terbabit. Katanya, penganjuran Pesta Morib itu akan merancakkan lagi sektor pelancongan yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3555
Jul 31, 2019 - SHAH ALAM, 30 JULAI: Dua buah telaga tiub (tube well) dibina di Kampung Johan Setia bertujuan melembapkan kawasan tanah gambut supaya tidak mudah terbakar. EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna, Sains, Teknologi dan Inovasi, Hee Loy Sian berkata, telaga tiub itu juga dijadikan sebagai sumber air bagi kerja pemadaman jika berlaku kes kebakaran. “Kebakaran memberi kesan kepada kesihatan awam melalui tindakan pencegahan dan penguatkuasaan kepada individu atau pihak yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3547
Jul 31, 2019 - SHAH ALAM, 28 JUL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) komited bekerjasama membantu keluarga menghidap masalah penglihatan. LZS menerusi kenyataannya di Facebook memaklumkan, bantuan seperti perubatan dan keperluan asas akan diberikan kepada keluarga terbabit bagi meringankan beban mereka. Katanya, suami kepada keluarga berkenaan dipercayai menghidap masalah penglihatan dan hanya sebelah mata sahaja berfungsi pada kadar 20 peratus manakala, sebelah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3545
Jul 31, 2019 - SHAH ALAM, 27 JUL: Usaha mengekang lambakan pekerja asing yang memonopoli beberapa sektor pekerjaan di Selangor akan terus dipergiat menerusi penggembelengan tenaga dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK), khususnya dalam aspek tindakan penguatkuasaan. EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, perkara itu masih dalam perbincangan pihaknya bersama Kementerian Sumber Manusia untuk memperkemas usaha berkenaan. “Kerjasama antara ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3542
Jul 31, 2019 - SUBANG JAYA, 25 JUL: Polis Selangor menahan dua lelaki semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran diesel di Sungai Selangor, baru-baru ini. Ketua Polis Negeri, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, kedua-dua lelaki itu masing-masing merupakan pengusaha dan pekerja pontun di sungai berkenaan. “Mereka yang berusia awal 30-an ditahan di pontun itu di Kuala Selangor dan kini direman selama empat hari sehingga 28 Julai,” katanya kepada pemberita pada penutup seminar dan latihan ancaman ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3540
Jul 19, 2019 - GOMBAK, 11 JUL: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM400,000 bagi membantu mangsa ribut di Felda Soeharto, Hulu Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, perkara itu diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang selesai tengah hari tadi. Katanya, sehingga kini terdapat 139 keluarga dikenal pasti dalam kejadian berkenaan. “Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI) menerusi dana rogram Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) akan membaiki rumah rosak di samping turut ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3529
Jul 19, 2019 - KAPAR, 13 JULAI: Program Sarang Ekonomi Desa untuk mempromosi aktiviti perusahaan masyarakat luar bandar di Selangor, bakal dilancarkan pada September ini. EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, program itu membolehkan penduduk terbabit secara khusus dalam meningkatkan pendapatan melalui aktiviti ekonomi yang diusahakan. “Proses untuk merealisasikan program itu setakat ini berjalan lancar dan kita jangkakan pada September ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3526
Jul 19, 2019 - KUALA SELANGOR, 10 JULAI : Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Selangor mengenal pasti 15 kawasan tumpuan di negeri ini yang dipercayai menjadi lokasi penagihan dadah dalam kalangan remaja. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kebanyakan lokasi tumpuan membabitkan kawasan miskin bandar kerana dipengaruhi budaya setempat dan penagihan berulang. “Selain itu, kita dapati masalah penagihan baharu terdiri daripada remaja sekolah berumur dari 12 hingga 15 ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3524
Jul 17, 2019 - SHAH ALAM, 10 JUL: Selangor Mega Job Fair 2019 kembali menemui masyarakat dengan mengetengahkan konsep ‘Foreign to Local’ di Shah Alam, pada November. EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, penganjurannya susulan karnival pekerjaan itu menerima sambutan amat menggalakkan di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS), Serdang Mac lalu. “Dalam program ‘Foreign to Local’ ini, kita akan jalin ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3518
Jul 10, 2019 - BANGI, 9 JULAI: Pendidikan antara sektor yang menjadi fokus utama Kerajaan Negeri bagi melahirkan modal insan kelas pertama dengan pengetahuan lengkap dalam mendepani cabaran Industri 4.0 (IR4.0). Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Azmie Diron berkata, tumpuan terarah kepada semua tahap pendidikan bermula daripada peringkat awal kanak-kanak sehingga seseorang itu berjaya menamatkan pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) tanpa meminggirkan mana-mana pihak. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3504
Jul 10, 2019 - SHAH ALAM, 9 JUL: Aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) kini boleh digunapakai untuk pembayaran parkir di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam Dan Pembangunan Kampung Baru. Ng Sze Han berkata, aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma itu membolehkan pengguna membuat bayaran segera dengan menggunakan kredit yang boleh ditambah nilai daripada perhidmatan perbankan tempatan (e-wallet). Katanya, selain DBKL, tujuh kawasan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3502
Jul 10, 2019 - HULU SELANGOR, 8 JULAI: Orang ramai tidak boleh bergantung kepada semburan racun oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) semata-mata untuk membasmi wabak denggi. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kajian terbaru mendapati nyamuk Aedes turut berevolusi yang menyebabkan sistem pertahanan mereka semakin kuat dan mampu menyebarkan virus denggi kepada seluruh generasinya. “Kalau dulu mungkin dengan kadar tertentu nyamuk mati melalui semburan atau ‘fogging’ ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3499
Jul 10, 2019 - SHAH ALAM, 7 JUL: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mempelawa sekolah rendah di seluruh Selangor menyertai pertandingan Action Song yang bakal diadakan pada 7 Ogos. MBPJ dalam kenyataan memaklumkan, pertandingan berlangsung di Dewan Sivik pihak berkuasa tempatan itu mempertaruhkan pelbagai hadiah menarik termasuk sijil penghargaan kepada pemenang. “Sekolah yang mempunyai pasukan nyanyian Action Song dipelawa untuk menyertai program pertandingan ini. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3497
Jul 04, 2019 - SHAH ALAM, 4 JUL : Bas Smart Selangor kini memulakan operasinya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam bermula 1 Julai. Melalui perkongsian di twitter rasmi Majlis Perwakilan Pelajar UiTM, bas berkenaan beroperasi selama tujuh hari seminggu bermula jam 6 pagi hingga 10 malam. Bas laluan 4 itu boleh didapati dengan nombor bas SA04. Perkongsian itu turut mendapat reaksi positif daripada penuntut UiTM yang rata-ratanya gembira apabila bas percuma itu mula bertapak di ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3491
Jul 04, 2019 - SHAH ALAM, 3 JULAI: Amalan berjimat cermat diterapkan dalam penganjuran rumah terbuka Aidilfitri jabatan di bawah Kerajaan Negeri tahun ini. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, walaupun diadakan secara sederhana tetapi majlis yang diadakan tetap berlangsung meriah. “Jika kita lihat majlis rumah terbuka pada tahun ini diadakan secara bersama membabitkan beberapa jabatan seperti yang kita lihat pada majlis rumah terbuka hari ini. “Hari ini ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3489
Jul 04, 2019 - PUCHONG, 2 JULAI: Kisah seorang remaja perempuan cekal menjaga bapanya yang sakit selain menanggung lima lagi adik-beradik lain mendapat perhatian Lembaga Zakat Selangor (LZS). Perkara itu dikongsikan institusi berkenaan ketika berkunjung ke rumah keluarga terbabit, di sini baru-baru ini. LZS dalam kenyataan berkata, remaja yang dikenali dengan nama Nurul Ain itu bekerja sebagai pembantu kedai dengan gaji hanya RM35 sehari. Katanya, lebih menyedihkan apabila bapanya masih ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3487
Jun 20, 2019 - SHAH ALAM, 19 JUN : Bersempena setahun menggalas tanggungjawab selaku Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengalu-alukan maklum balas dan cadangan daripada rakyat supaya pentadbirannya sentiasa berjalan lancar. Amirudin dalam kenyataan berkata, beliau berazam untuk meningkatkan pencapaian hasil negeri, memberdaya rakyat Selangor menerusi pelbagai program sekaligus menjadikan negeri itu damai sentosa. “Setahun yang lalu, saya diberi amanah menggalas tanggungjawab ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3475
Jun 20, 2019 - SHAH ALAM, 18 JUN: Kerajaan Negeri menyediakan kouta sebanyak 500 unit rumah mampu milik Idaman Cahaya untuk golongan peneroka dan anak peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda). Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sebanyak 100 unit lagi akan diserahkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). “Perumahan Idaman Cahaya ini dijalankan dengan kerjasama Encorp Berhad yang sebahagiannya dimiliki Felda dan kita siapkan 500 unit ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3473
Jun 20, 2019 - SHAH ALAM, 18 JUN: Selepas hampir dua dekad terbengkalai, akhirnya projek perumahan Arcadia berjaya disiapkan apabila Kerajaan Negeri mengambil alih projek terbabit. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, lebih menarik lagi, projek membabitkan 203 unit itu dijenamakan semula sebagai rumah Idaman Warisan dengan tambahan kelengkapan seperti penghawa dingin, pemanas air, almari, televisyen, kabinet televisyen dan peti ais. “Projek di Alam Perdana, Ijok ini ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3471
Jun 20, 2019 - SHAH ALAM, 17 JUN: Smart Selangor Delivery Unit (SSDU) menerima kunjungan 20 warga kerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), di sini baru-baru ini. Delegasi diketuai Pengurus Besar Keselamatan KTMB, Meyor Hamdan itu bertujuan mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan inisiatif Smart Selangor, khususnya inisiatif CCTV analitik selain berkongsi kepakaran sesuai untuk diaplikasikan pada pengurusan perkhidmatan KTMB. Pengarah Urusan SSDU, Dr Fahmi Ngah berkata, lawatan itu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3469
May 27, 2019 - GOMBAK, 25 MEI: Langkah penjajaran semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) dibuat bagi memastikan kelangsungan program berkenaan untuk penduduk Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tekad memastikan program kebajikan rakyat dapat diteruskan bagi satu tempoh yang panjang. “Penilaian tepat semula program IPR kerana Kerajaan Negeri mahu memastikan kelangsungan program ini sehingga mampu bertahan lebih 10 tahun dan bukannya dua atau tiga tahun ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3461
May 27, 2019 - SHAH ALAM, 23 MEI: Nasib sepasang warga emas yang menggunakan troli barang untuk ke bazar Ramadan mendapat perhatian Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Sebelum ini tular di WhatsApp kisah seorang wanita menolak suaminya yang tidak mempunyai kaki menggunakan troli di Kampung Sungai Kertas. Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Jamil Azaman berkata, terdahulu pejabat Dewan Undangan Negeri sudahpun menyerahkan kerusi roda kepada keluarga berkenaan. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3459
May 17, 2019 - SEKINCHAN, 14 MEI: Enam lagi masjid baharu di daerah Klang, Shah Alam dan Gombak siap dibina dalam tempoh 2018 hingga Mei 2019 ini. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, penambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 426 buah masjid di seluruh Selangor. Manakala, katanya, kerja-kerja pembinaan 14 buah masjid baharu juga sedang giat dilakukan di beberapa lokasi bagi menampung keperluan dan permintaan jemaah yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3455
May 07, 2019 - SHAH ALAM, 6 MEI: Tourism Selangor terus mempromosikan produk dan kemudahan pelancongannya di Arabian Travel Market (ATM) 2019 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Dubai dari 28 April hingga 1 Mei. EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Dato’ Abdul Rashid Asari berkata, ATM merupakan salah satu tonggak penting untuk mempromosikan destinasi pelancongan dinamik di Selangor. Katanya, menerusinya, Kerajaan Negeri dapat membuka pintu pertumbuhan ekonomi menerusi sektor ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3432
May 02, 2019 - SHAH ALAM, 1 MEI: Pengguna bas ekspres akhirnya menarik nafas lega apabila Terminal Bas Seksyen 17 akhirnya dibuka kepada orang ramai, bermula hari ini. Tinjauan SelangorKini ke terminal itu pagi tadi mendapati jumlah pengunjung agak ramai berikutan cuti umum sempena Hari Pekerja. Pengunjung, Ma Rashida Mohd Rasid, 26 berkata, beliau seronok kerana terminal yang sebelum ini pernah tertangguh beberapa kali untuk dibuka sudahpun mula menjalankan operasi sepenuhnya. Katanya, ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3428
May 02, 2019 - GOMBAK, 30 APR: Kerajaan Negeri mengambil inisiatif bagi memulihkan semula dua projek terbengkalai membabitkan 924 unit Perumahan Topaz dan Kristal di Taman Selayang Mutiara di sini. EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, projek bermula pada 2004 itu sepatutnya perlu disiapkan pada 2007. “Projek terbengkalai iaitu projek Perumahan Topaz dan Kristal di mana pemaju asalnya sudah pun digulungkan dan sekarang di bawah pelikuidasi. “Mereka sudah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3426
May 02, 2019 - SHAH ALAM, 30 APR: Kerajaan Negeri bersetuju melanjutkan Program Geran Kecil Alam Sekitar dan Teknologi Hijau bagi tahun ini dengan peruntukan RM750,000 susulan sambutan menggalakkan diterima tahun lalu. EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi Dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian berkata, sejumlah RM250,000 diperuntukan untuk geran Alam Sekitar manakala RM500,000 kepada Teknologi Hijau boleh dipohon badan pengurusan bersama (JMB), badan bukan kerajaan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3424
Apr 22, 2019 - KLANG, 20 APRIL: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menempa sejarah tersendiri apabila mendapat pengiktirafan ‘The Malaysian Book of Records’ (MBOR), selepas menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama memanfaatkan sistem informasi ‘Chatbot’ melalui aplikasi SMART MPKlang. Sijil pengiktirafan itu disampaikan Pengurus Acara dan Komunikasi Korporat MBOR, Aaron Bong kepada Yang Dipertua MPK, Dato’ Mohamad Yasid Bidin, sambil disaksikan Menteri Perumahan dan Kerajaan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3411
Apr 15, 2019 - SHAH ALAM, 14 APR: Pembukaan Komuniti Kantin dijalankan golongan autistik akan membuka mata banyak pihak untuk terus memberi sokongan dan dorongan kepada insan istimewa itu. Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), Masdiana Muhamad berkata, ia sekali gus membantu lebih ramai golongan istimewa untuk mahir dalam pengendalian makanan. Katanya, usaha berkenaan menunjukkan insan istimewa turut mempunyai kebolehan untuk berdikari sekiranya diberi peluang. “Ia ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3399
Mar 29, 2019 - SHAH ALAM, 27 MAC: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyambut baik usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan program Satu Masjid Satu Polis (1M1P) bagi membendung kes jenayah, di kawasan rumah ibadat. Pengarah JAIS, Dato’ Haris Kasim berterima kasih kepada PDRM kerana menitikberatkan isu keselamatan, sekali gus memberi keselesaan kepada jemaah menunaikan ibadah. “Program 1M1P akan menyumbang ke arah mewujudkan persekitaran pengurusan masjid yang lestari, aman ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3390
Mar 25, 2019 - SHAH ALAM, 25 MAC: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) membangunkan sistem LUAS ‘Intelligent Support System’ (LiSS) untuk membuat keputusan bagi mengoptimumkan dan memantau kuantiti serta kualiti sumber air. Pengarahnya, Dato’ Ir Hashim Osman berkata, sistem ini membolehkan analisa data ramalan sumber air bagi tempoh 36 jam ke hadapan dilakukan serta mengawal pelepasan air daripada empangan. “Menerusi LiSS, kita akan maklumkan kepada Air Selangor berapa banyak ia perlu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3379
Mar 21, 2019 - SUBANG JAYA, 20 MAC: Mempunyai sikap baik dan mantap kemahiran insaniah adalah kunci utama bagi mahasiswa dalam menghadapi arus perkembangan teknologi. Dekan Fakulti Inovasi dan Teknologi Taylor’s University, Professor Dr David Asirvatham berkata, ketika ini banyak pekerjaan dijalankan secara automatik dan tahap teknologi kepintaran buatan (AI) bakal menyaingi manusia. “Kunci utama kekal relevan ketika ini adalah mempunyai sikap yang baik. Jika kita ada sikap baik, kita akan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3376
Mar 20, 2019 - SHAH ALAM, 19 MAC: Permatang Kuarza Gombak Selangor (PKGS) bakal diiktiraf sebagai sebahagian Tapak Geopark Kebangsaan. EXCO Kebudayaan, Pelancongan, Peradaban Melayu dan Warisan, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, perkara berkenaan dipersetujui melalui Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) yang bersidang pada 21 Februari lalu. Katanya, konsep pembangunan geopark itu bakal memberi tiga aspek keseimbangan iaitu, kepentingan pemuliharaan sumber asli, pembangunan infrastruktur pelancongan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3374
Mar 18, 2019 - SHAH ALAM, 18 MAC: Pembukaan Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Selangor (DNS) Kali ke-14 Tahun 2019 berlangsung penuh istiadat, pagi tadi. Istiadat diadakan di Bangunan DNS itu dirasmikan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. Turut berangkat, DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Istiadat bermula dengan Kawalan Kehormat Utama Tentera Laut Diraja ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3372
Mar 18, 2019 - SABAK BERNAM, 18 MAC: Lebih 100 akaun baharu dibuka menerusi aplikasi e-wallet, Boost pada Karnival Jelajah 360 Smart Selangor yang diadakan di Stadium Sungai Besar, di sini, semalam. Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, sambutan menggalakkan penduduk kawasan itu membuktikan rakyat Selangor bersedia ke arah masyarakat tanpa tunai. Katanya, penerimaan rakyat di kawasan luar bandar membuktikan mereka peka inisiatif yang diusahakan kerajaan. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3370
Mar 18, 2019 - SABAK BERNAM, 18 MAC: Empat inisiatif baharu di bawah agenda Smart Selangor bakal diperkenalkan sebelum Oktober depan. Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah berkata, kajian pelaksanaan projek perintis bagi ke-empat-empat inisiatif itu kini sedang giat dibangunkan. Katanya, ia membabitkan Smart Recycling, Smart Streetlamp, big data analitik dan Selangor Wide Area Network (SWAN). “Bagi Smart Recycling, SSDU bekerjasama dengan KDEB Waste Management ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3368
Mar 15, 2019 - SHAH ALAM, 15 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menerima lawatan dari Delegasi Pemerintah Kota Mataram, Indonesia, pada 9 Mac lalu. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, seramai 18 delegasi dari Kota Mataram turut sama menyertai lawatan itu yang diketuai Wali Kota Mataram, Ahyar Abduh Abdul Hanan. Katanya, lawatan julung kali itu disusuli dengan Majlis Menandatangani Surat Hasrat Kerjasama antara MBSA dan Pemerintah Kota Mataram. “Kerjasama ini ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3364
Mar 15, 2019 - SHAH ALAM, 15 MAC: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyumbang RM10,000 kepada Badan Pengurusan Bersama Penduduk (JMB) Pangsapuri Blok 9-14 Seksyen 18, di sini, semalam. Pengurus Komunikasi Korporat PKNS, Ishak Hashim berkata, petak sampah itu adalah alternatif bagi menjamin kebersihan dan keselesaan kawasan penduduk setempat. “PKNS komited membantu penduduk menyediakan fasiliti pengurusan pembuangan sampah terutama bagi menampung sampah pukal. “Pembinaan tiga petak ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3362
Mar 14, 2019 - SHAH ALAM, 14 MAC: Penduduk Puncak Alam kini boleh menarik nafas lega apabila Jambatan 02 Puncak Alam mula dibuka bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas yang dialami mereka. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melalui twitter berkata, berikutan itu, beliau menerima maklum balas positif daripada penduduk setempat. “Kerajaan Negeri akan menggandakan lagi usaha mengurangkan kesesakan lalu lintas ini,” tulisnya. Pada masa sama, katanya, usaha Kerajaan Negeri untuk ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3360
Mar 14, 2019 - SHAH ALAM, 14 MAC: Seramai empat asnaf di Kampung Felda Gedangsa dan Kampung Felda Soeharto menerima rumah bantuan daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS), pada 12 Mac lalu. LZS melalui Facebook memaklumkan serahan kunci rumah disempurnakan Ketua Jabatan Pengurusan Operasi Agihan Daerahnya, Ustaz Huzairi dan Penghulu Mukim Hulu Bernam Utara, Mohamed Jamil. “Semoga dengan bantuan rumah baharu ini dapat memberi keselesaan kepada mereka sebagai tempat berlindung bagi menjalani kehidupan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3358
Mar 13, 2019 - SHAH ALAM, 12 MAC: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjemput orang ramai untuk hadir ke Kejohanan Sepak Takraw Piala Datuk Bandar pada 15 hingga 17 Mac ini. Ia bakal diadakan di Dewan MBSA Seksyen 19 dan Dewan Dahlia Seksyen 24, di sini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, kejohanan itu julung kali diadakan dan penyertaan terbuka kepada semua regu seluruh Malaysia. “Kejohanan ini adalah landasan untuk mencungkil bakat baharu dan secara tidak ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3352
Mar 13, 2019 - SHAH ALAM, 12 MAC: Jelajah 360° Smart Selangor mula membuka tirai bagi tahun ini di Stadium Sungai Besar, Sabak Bernam bermula Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutif Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), Raja Shahreen Raja Othman berkata, selain Sabak Bernam, jelajah berkenaan akan diadakan di Kajang, Klang dan Selayang. Katanya, pihaknya menyasarkan ratusan ribu pengunjung ke sepanjang program berkenaan diadakan. “Jika penutup jelajah ini pada tahun lalu di Morib kita ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3350
Mar 12, 2019 - SHAH ALAM, 12 MAC : Selangor mencatatkan dua kes baharu chikungunya menjadikan jumlah kumulatif 153 kes sehingga 10 Mac, kata Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim. Beliau berkata, Kampung Baru Tanjung Sepat dan kawasan tambahan Tanjung Sepat dikenal pasti sebagai lokasi hotspot kes terbabit, dengan mencatatkan 103 kes. Sementara itu, enam lokasi wabak tak terkawal dikenal pasti termasuk Taman Mutiara Zon 1, Taman Mutiara Zon 2, Kampung Kundang, Kampung Tumbuk, Taman ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3346
Mar 12, 2019 - PETALING JAYA, 12 MAC: Dalam misi merealisasikan Smart PJ, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) melancarkan Mini Smart Centre: Enforcement Workstation, di sini, semalam. Datuk Bandarnya, Dato’ Mohd Azizi Mohd Zain berkata, menerusi projek Smart PJ, jabatan dalaman MBPJ akan menubuhkan Smart Centre sebagai sokongan kepada PJ Smart Centre. Katanya, ia termasuk Jabatan Penguatkuasaan meliputi kerja pengubahsuaian infrastruktur, pemasangan hardware dan pembangunan sistem yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3344
Mar 12, 2019 - SHAH ALAM, 11 MAC: Pejabat Bergerak Shah Alam On Wheels (SAOW) akan beroperasi di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13, dari 11 pagi hingga 5 petang, pada 11 Mac ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, SAOW bertujuan memudahkan orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter. “Malah, ia menyediakan kemudahan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3340
Mar 08, 2019 - SHAH ALAM, 8 MAC: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KKPKT) tekad memastikan golongan wanita mendapat tempat dalam segala hal berkaitan pembangunan, terutamanya dari sudut peningkatan taraf hidup dalam komuniti dan keterlibatan secara langsung dalam perencanaan kehidupan bermasyarakat. Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, wanita memainkan peranan amat penting dalam pembangunan sejagat dan sudah membuktikan kemampuan sebagai penggerak kepada kemajuan ekonomi, budaya, sosial, ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3338
Mar 08, 2019 - KLANG, 8 MAC: Majlis Perbandaran Klang (MPK) komited memerangi gejala rasuah sekali gus berjaya mengekalkan integriti dalam kalangan kakitangannya. Yang Dipertuanya, Dato’ Mohd Yasid Bidin berkata, sejak melaksanakan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) dua tahun lalu, tiada lagi kes membabitkan rasuah berlaku dalam kalangan kakitangannya. “Setakat IBR dilaksanakan pada 2016 sudah tiada kes rasuah berlaku cuma hanya satu kes membabitkan tohmahan dan belum mempunyai keputusan sama ada ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3336
Mar 08, 2019 - SHAH ALAM, 7 MAC: Pasukan Hypermax Taekwando Club muncul juara dengan merangkul 20 pingat emas, pada Kejohanan Taekwando Jemputan Piala Datuk Bandar Shah Alam 2019, pada 2 dan 3 Mac lalu. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, penganjuran kali kelima itu mempertandingkan enam kategori mengikut peringkat umur dari seluruh Malaysia. “Tempat kedua dimenangi SKID Taekwando Club dengan 13 pingat emas, manakala tempat ketiga ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3334
Mar 07, 2019 - SERDANG, 6 MAC: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menjemput orang ramai untuk menghadirkan diri ke Publisiti Awal Draf Rancangan Tempatan Kuala Langat (Pengubahan 1) 2030. Program itu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang, mulai 4 hingga 29 Mac ini, di Ruang Legar Majlis Daerah Kuala Langat. Timbalan Yang Dipertuanya, Mohd Yasin Alwi berkata, program itu bertujuan memaklumkan kepada orang ramai khususnya penduduk tempatan berkenaan penyediaan Rancangan Tempatan. “Program ini memberi ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3327
Mar 06, 2019 - PUCHONG, 5 MAC: Caj tambang Bas Smart Selangor kepada warga asing mungkin dikenakan pada kadar RM0.50 atau RM1 bagi satu perjalanan. EXCO Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han berkata, kadar berkenaan masih diperingkat kajian dan perbincangan bersama Jawatankuasa Pengangkutan Awam negeri. Katanya, ini kerana banyak aspek perlu diambil kira sebelum ia dilaksanakan. “Kita menerima banyak aduan daripada penduduk Selangor bahawa warga asing ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3325
Mar 05, 2019 - SHAH ALAM, 5 MAC: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menjunjung kasih titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung isu penghinaan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Beliau berkata, titah baginda perbuatan menghina keperibadian Rasulullah SAW adalah satu tindakan jelik yang akan menjejaskan keharmonian serta perpaduan di negara ini. “Sehubungan itu, saya menzahirkan segenap sokongan dan menjunjung kasih titah DYMM Sultan Selangor dan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3323
Mar 05, 2019 - DENGKIL, 4 MAC: Kerajaan Negeri akan berbincang dengan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi mewujudkan kiosk di kawasan rehat dan rawat (R&R) dalam memasarkan produk ‘Made in Selangor’. EXCO Pembangunan Usahawan, Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, banyak produk yang dihasilkan ‘Made in Selangor’ berkualiti namun tiada tempat untuk dipasarkan. “Saya akan berbincang bersama PLUS untuk mengadakan kiosk ‘Made in Selangor’ ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3319
Mar 05, 2019 - SHAH ALAM, 4 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, dukacita melihat ada pihak dari golongan bukan Islam kini secara terbuka menghina keperibadian Nabi Muhammad SAW. Setiausaha Dewan DiRaja Selangor, Hanafisah Jais berkata, perbuatan menghina Nabi serta isu yang mencemar kesucian agama Islam sering berlaku hingga ke tahap mencabar kesabaran umat Islam. Katanya, baginda turut mengingatkan kepada rakyat khususnya bukan beragama Islam supaya ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3317
Mar 01, 2019 - SHAH ALAM, 28 FEB: Sejumlah 8,836 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi golongan berpendapatan rendah B40, di Selangor layak menerima rebat Tenaga Nasional Berhad (TNB) bernilai RM40 setiap bulan, yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, pelaksanaan itu berdasarkan keputusan diluluskan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang dibentangkan semasa persidangan, pada bulan lalu. “Pengguna elektrik ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3314
Mar 01, 2019 - SHAH ALAM, 28 FEB: Smart Selangor Command Centre (SSCC) semalam menerima kunjungan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor bagi memberi penerangan berhubung inisiatif Smart Selangor, di negeri ini. Kunjungan julung kali yang disertai delegasi seramai 19 orang dengan diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Noorazam Dato’ Osman itu menerima penerangan daripada Pengarah Urusan Smart Selangor Delivery Unit (SSDU), Dr Fahmi Ngah. Turut serta adalah Pengarah Projek dan Pembangunan Perniagaan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3312
Mar 01, 2019 - KUALA LANGAT, 28 FEB: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) menggesa peniaga di premis makanan, di kawasan terbabit mematuhi syarat ditetapkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu. Yang Dipertuanya, Mohamad Zain A Hamid berkata, ia ekoran terdapat ramai peniaga mengambil sikap sambil lewa dan tidak mematuhi syarat ditetapkan terutama berkaitan permohonan lesen dan penjagaan kebersihan. “Semalam kita sudah pergi ke premis makanan tepi jalan, kebanyakan mereka membiarkan sampah merata-rata ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3310
Feb 28, 2019 - KUALA LUMPUR, 28 FEB: Perkhidmatan jalur lebar, WiFi Smart Selangor (WiFiSS) akan diperluaskan di 11 buah hospital dan lebih 70 klinik di seluruh negeri, pada tahun ini. Pengarah Urusan Smart Sel Sdn Bhd, Mohamad Suhaimi Mohamad Tahir berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan bagi merealisasikan hasrat itu. “Sebagai anak syarikat Kerajaan Negeri, kita tidak mementingkan pulangan pelaburan, sebaliknya membantu Kerajaan Negeri merealisasikan dasarnya. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3308
Feb 26, 2019 - SHAH ALAM, 25 FEB: Kerajaan Negeri mahu semua pihak bekerjasama bagi mencapai sasaran memperoleh RM175 bilion pendapatan industri aeroangkasa menjelang 2030. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, piha berkaitan seperti institusi pengajian tinggi, pusat latihan, sektor swasta dan sebagainya harus bergabung bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menjayakan sasaran itu. “Universiti dan pusat latihan diperlukan bagi menyediakan tenaga kerja dan modal insan, manakala syarikat ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3305
Feb 25, 2019 - CYBERJAYA, 24 FEB: Pertubuhan Wanita Elit (WE) yang akronim kepada teras ekonomi, legasi, inovasi dan teknologi perlu terus memainkan peranan penting sebagai ‘one stop centre’ dalam menaik taraf golongan berkenaan melalui pelbagai bidang. Isteri kepada Dato’ Menteri Besar, Masdiana Muhamad berkata, sejajar polisi Kerajaan Negeri, WE perlu memainkan peranan dan menyahut seruan untuk melahirkan wanita mahir dalam perniagaan khususnya. “WE ditubuhkan dengan matlamat ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3303
Feb 22, 2019 - SHAH ALAM, 21 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima peruntukan RM42.066 juta daripada Kerajaan Persekutuan kepada Selangor bagi tujuan pembayaran imbuhan imam, elaun guru KAFA dan guru takmir bagi tahun 2019. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyerahkan sendiri peruntukan itu dalam satu majlis di Istana Bukit Kayangan Shah Alam, Selangor, hari ini. Majlis itu diadakan sempena Majlis Menghadap Dr ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3299
Feb 22, 2019 - KUALA SELANGOR, 21 FEB : Orang ramai dijemput menyertai Karnival Alam Sekitar dan Hari Tanah Lembab Sedunia 2019 anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS), pada 23 Februari ini. Program yang akan dirasmikan Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin itu, dijadualkan berlangsung jam 7.30 pagi di Taman Alam, Kuala Selangor. Karnival itu diadakan bersemperna Hari Tanah Lembab Sedunia yang disambut 2 Februari setiap tahun diseluruh dunia. Antara aktiviti ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3301
Feb 21, 2019 - SHAH ALAM, 20 FEB: Kerajaan mengeluarkan arahan larangan bagi penggunaan telefon bimbit dan beberapa peralatan komunikasi dalam mesyuarat kerajaan. Ketua Pengarah Keselamatan Kerajaan, Datuk Sanusi Sidek berkata, hal itu bagi mengelakkan kebocoran perkara rahsia dan keselamatan negara. Katanya, penggunaan telefon bimbit dan alat komunikasi lain secara tidak terkawal dalam agensi kerajaan boleh mendatangkan implikasi buruk. “Ia juga membahayakan di samping boleh melanggar peruntukan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3297
Feb 21, 2019 - KLANG, 20 FEB: Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa kini mampu menarik nafas lega apabila pelaksanaan Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Aur Fasa 5 yang tergendala sejak tahun lalu dijangka selesai, pada pertengahan Mei tahun ini. Ahli Dewan Negerinya, Gunarajah George berkata, projek yang berupaya mengatasi isu banjir itu tertangguh ekoran masalah pengalihan kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Maxis, di kawasan terbabit. Katanya, hasil ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3295
Feb 20, 2019 - SHAH ALAM, 19 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan, pada 1 Mac ini bagi memberi peluang kepada orang ramai menyalurkan aduan dan saranan kepada Pihak Berkuasa Tempatan itu. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program yang bermula dari jam 9.30 sehingga 11.30 pagi itu adalah inisiatif MBSA untuk mendekati warga Shah Alam secara terus. “Orang ramai dan pihak berkepentingan berpeluang menyalurkan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3293
Feb 20, 2019 - SHAH ALAM, 19 FEB: Selangor antara yang terawal mengorak langkah membuat pengasingan kuasa membabitkan eksekutif dan legislatif, di negeri itu. Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS), Ng Suee Lim berkata, ia dapat dilihat melalui pengasingan Setiausaha DNS dengan Setiausaha Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). “Setiausaha dewan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap urusan dewan dan jawatankuasa, sementara Setiausaha MMKN akan menyertai mesyuarat dalam MMKN untuk legislatif. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3291
Feb 19, 2019 - SHAH ALAM, 18 FEB: Pembangunan pesat di i-City yang bakal menempatkan pusat membeli-belah dengan keluasan 940,000 kaki persegi, Central i-City, mampu menjadikan ia salah satu pusat kawasan segi tiga emas di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, selain pembangunan di i-City, kawasan sekitar seperti Klang dan Shah Alam juga dilihat mempunyai potensi baik untuk dijadikan sebagai kawasan segi tiga emas. “Ia adalah satu ruang ekonomi yang baik kepada rakyat ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3289
Feb 19, 2019 - SHAH ALAM, 18 FEB: Selangor mencipta rekod apabila berjaya mencatat pelaburan keseluruhan berjumlah RM14 bilion, pada tahun lalu. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, jumlah itu sekali gus melebihi sasaran RM7 bilion yang ditetapkan Kerajaan Negeri, sebelum ini. “Sehingga September tahun lalu, pelaburan di Selangor berjumlah RM8 bilion dan baru-baru ini, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) secara lisan menyebut kemungkinan angka keseluruhan tahun lalu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3287
Feb 18, 2019 - SHAH ALAM, 17 FEB: Seramai 242 Pengerusi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) menerima watikah perlantikan masing-masing dalam Majlis Apresiasi dan Penyerahan Watikah PeBT Negeri Selangor 2019. Penyerahan watikah itu disempurnakan EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman di Dewan Jubli Perak di sini, petang tadi. Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Negeri (ADN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham; ADN Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3285
Feb 18, 2019 - SHAH ALAM, 17 FEB: Stadium mini di Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor mampu dibina lebih banyak sekiranya perkongsian bijak yang ditawarkan Kerajaan Negeri disambut Ahli Dewan Negeri (ADN). EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, Kerajaan Negeri sedia membiayai separuh daripada kos projek membina stadium mini. “Saya ingin memohon kerjasama dengan Yang Berhormat (YB) yang ada di depan saya ini, memang Kerajaan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3283
Feb 15, 2019 - KUALA SELANGOR, 14 FEB: Enam lokasi dikenal pasti sebagai ‘kawasan panas’ oleh Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) kerana mencatatkan kes demam denggi tertinggi. Enam lokasi itu termasuk Kampung Baru Sungai Buloh dan Kampung Cina Sungai Janggut di Jeram, Residensi Warnasari dan Lorong Naluri Sukma di Puncak Alam serta Kampung Tiram Setia di Tanjong Karang. Yang Dipertua MDKS, Rahilah Rahmat berkata, sebanyak 697 kes demam denggi dicatatkan sepanjang tahun lalu sekali gus ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3277
Feb 15, 2019 - SHAH ALAM, 14 FEB: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari menerima kunjungan Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin di pejabatnya, di sini hari ini. Pertemuan itu sempena pelantikan Noor Azam sebagai ketua polis negeri, pada 4 Februari lalu bagi menggantikan Datuk Mazlan Mansor yang dilantik sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman. “Kerajaan Negeri akan sentiasa mengambil berat isu kebajikan anggota keselamatan, di Selangor. “Kami turut ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3275
Feb 14, 2019 - SHAH ALAM, 14 FEB: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima pembayaran zakat perniagaan daripada Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM5 juta,dalam upacara berlangsung di Istana Bukit Kayangan, di sini, hari ini. Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima pembayaran zakat perniagaan bagi tahun kewangan 2017 itu daripada Pengerusi PNB, Tan Sri Dr Zeti Aziz. Hadir sama, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3273
Feb 14, 2019 - SHAH ALAM, 14 FEB: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) membuka kaunter tambahan sepanjang Februari bagi memudahkan warga Shah Alam khususnya menjelaskan bayaran cukai taksiran. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, ia memberi peluang kepada pemilik harta membuat bayaran dan berurusan pada cuti hujung minggu serta cuti am. “Pembayaran cukai taksiran boleh dibuat di Kaunter Utama, Tingkat G, Wisma MBSA, Persiaran Perbandaran, Shah Alam. “Kaunter ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3271
Feb 14, 2019 - SHAH ALAM, 13 FEB: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menyediakan perkhidmatan PJ City Bus sehingga jam 12 tengah malam bagi memudahkan orang awam ke Dataran Petaling Jaya untuk meraikan sambutan rumah terbuka sempena Tahun Baharu Cina peringkat negeri, yang akan berlangsung Sabtu ini. Dua buah bas dengan kekerapan antara 15 hingga 20 minit bermula di Terminal Bas Taman Medan, LRT Taman Jaya dan LRT Taman Bahagia akan beroperasi untuk membawa pengunjung ke Dataran Petaling Jaya. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3267
Feb 13, 2019 - SEPANG, 12 FEB: ‘AMAL By Malaysia Airlines’ menyasarkan peningkatan 10 peratus pasaran tempatan dan Asia Tenggara bagi tempoh dua tahun melalui prospek cabang perniagaan perkhidmatan umrah dan haji yang diperkenalkan. Ketua Pegawai Eksekutif AMAL, Hazman Hilmi Sallahuddin berkata, Malaysia Airlines Berhad (MAB) mahu mengembalikan era kegemilangan mereka dalam industri perniagaan dengan tawaran pakej penerbangan terbaik ke Jeddah dan Madinah dari Kuala Lumpur. “AMAL ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3263
Feb 12, 2019 - SHAH ALAM, 11 FEB: Lebih 3,000 orang memeriahkan Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14, di sini, semalam. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, program itu adalah inisiatif ke arah mempromosikan gaya hidup sihat selain mengurangkan penggunaan kenderaan di atas jalan raya yang boleh mencemarkan alam sekitar. “Program ini juga selaras dengan hala tuju MBSA untuk menjadikan Shah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3259
Feb 11, 2019 - AMPANG JAYA, 10 FEB: Kerajaan Negeri sedang memperhalusi program ‘Work From Home’ bagi melihat secara lebih teliti sebelum ia dilaksanakan sepenuhnya. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, proses bagi melaksanakan program itu mengambil sedikit masa kerana ia membabitkan aspek teknikal. “Aspek teknikal dimaksudkan adalah ‘Work From Home’ menggunakan proses untuk kita menghantar bahan, mengumpul bahan dan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3255
Feb 08, 2019 - SHAH ALAM, 8 FEB: Pasukan Bola Sepak Wanita Selangor kini sedang mencari bakat baru untuk diserap kedalam pasukan. Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) melalui kenyataan di laman facebook memberitahu, pemilihan terbuka itu akan diadakan bermula 9 hingga 10 Februari ini. “Orang ramai yang berminat diharap tidak akan melepaskan peluang keemasan ini dan boleh datang beramai-ramai ke Padang B SUK Shah Alam bermula jam 9.30 pagi. “Jika berminat anda boleh menghubungi Zainal di ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3251
Feb 07, 2019 - SHAH ALAM, 7 FEB: Sejumlah RM500,000 diperuntukkan kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi menjalankan kerja pembersihan dan penghapusan khas di kawasan yang mencatatkan kes denggi. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, Kerajaan Negeri juga akan menjalankan tindakan pencegahan dan pengawalan yang lebih bersepadu dengan segera. “Peruntukkan ini disalurkan kepada PBT bagi menangani wabak itu di kawasan ‘hotspot’ ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3246
Feb 07, 2019 - KLANG, 6 FEB: Penduduk di sekitar Klang diminta menjelaskan cukai taksiran bagi penggal 1/2019 sebelum 28 Februari ini bagi mengelakkan fi notis sebanyak RM20. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, pemilik harta yang gagal berbuat demikian akan berdepaan sitaan dan rampasan harta, pada Mac ini. “MPK mengambil tindakan serius terhadap mana-mana pemilik premis yang gagal menjelaskan bayaran cukai taksiran ini, justeru untuk memudahkan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3244
Feb 01, 2019 - SHAH ALAM, 31 JAN: Karnival 3W (Women, Welfare & Wellness) akan diperkenalkan bagi mempromosi pelbagai bantuan dan khidmat ditawarkan Kerajaan Negeri kepada rakyat. EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, karnival yang memfokuskan wanita, kebajikan dan kesihatan itu menjadi medan interaksi dengan masyarakat. Katanya, ia akan dilancarkan pada 10 Februari ini, dengan tema Sambutan Hari Kanser Sedunia, di Padang Majlis Perbandaran ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3242
Jan 31, 2019 - KLANG, 31 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) berjaya mencapai sasaran kutipan cukai ditetapkan Kerajaan Negeri sebanyak RM181.7 juta, dengan lebihan RM4.4 juta sehingga 31 Disember 2018. Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, jumlah itu meningkat berbanding tempoh sama, pada 2017 apabila MPK sekadar mengutip RM174.6 juta. Katanya, untuk cukai taksiran penggal 1/2018, MPK berjaya mengutip RM78.5 juta pada Disember 2018, berbanding RM77.5 juta pada 2017, dengan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3240
Jan 30, 2019 - SHAH ALAM, 29 JAN: Kerajaan Negeri memberikan insentif sebanyak RM929,200 kepada atlet negeri itu yang berjaya melakar kejayaan dalam Sukan Malaysia (SUKMA), Sukan Asia dan Para Asia 2018. EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, insentif itu diberikan tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada atlet yang mengharumkan nama Selangor dalam pertandingan sukan yang disertai. Katanya, Kerajaan Negeri amat prihatin dengan usaha dan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3238
Jan 30, 2019 - SHAH ALAM, 29 JAN: Maxis Berhad buat pertama kalinya membuat tawaran khas kepada penjawat awam Selangor melalui pakej talian Selangor Inteligent SIM (SIS). Pengarah QS Empire, Dato’ Abd Muim Matamin berkata, pakej khas itu disediakan bermula serendah RM50 sehingga RM78 sebulan. “Ia adalah pertama seumpanya di negara ini apabila kami membawa sebuah syarikat telekomunikasi terkenal Maxis yang menyediakan pakej buat penjawat awam. “Lebih menarik apabila 200 penjawat awam ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3236
Jan 29, 2019 - SHAH ALAM, 29 JAN: Penjawat awam Selangor bakal menikmati pembayaran bonus dua bulan gaji atau lebih jika Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dapat dicapai, itu janji Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, di hadapan lebih 500 penjawat awam negeri itu, hari ini. Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa cuba yang terbaik bagi pemberian bonus, berbanding tahun lalu. “Tahun lalu kita beri dua bulan, tahun ini akan cuba lebih terbaik. Namun, tidak semua akan dapat ‘lebih’ itu, ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3234
Jan 29, 2019 - SHAH ALAM, 29 JAN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari memulakan rangka kerja ke Bandung, Indonesia minggu lalu, sebagai usaha mengukuhkan hubungan strategik ke arah merealisasikan Smart State 2025. Dalam pertemuan bersama Gabenor Jawa Barat, Mochammad Ridwan Kamil di Kediaman Rasmi Gedung Pakuan, kedua-dua tokoh itu membincangkan kerjasama antara Petaling Jaya dan Bandung sebagai ‘Smart City’ yang terjalin sejak 2016. “Hubungan erat yang dijalin menerusi ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3232
Jan 28, 2019 - SHAH ALAM, 28 JAN: Tawaran kemasukan ke asrama Bait Al Hasanah di bawah pengurusan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini dibuka bagi sesi pengambilan Mac 2019. LZS dalam kenyataan memaklumkan, asrama bantuan penuh itu ditawarkan kepada semua pelajar sekolah di bawah kategori asnaf fakir miskin berdaftar berumur antara 10 hingga 16 tahun. “Borang permohonan boleh didapati di semua cawangan LZS terdekat mengikut daerah masing-masing atau di Kompleks Bait Al Hasanah, Perepat Kapar Klang. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3230
Jan 28, 2019 - SUBANG JAYA, 27 JAN: Pengguna media sosial (netizen) perlu lebih berhemah ketika menyebarkan sebarang mesej bagi mengelakkan sebaran berita palsu. Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng berkata, hal itu kerana masyarakat kini mempunyai kuasa mencipta berita palsu dengan hanya menggunakan media sosial seperti whatsapp dan facebook. Katanya, lebih membahayakan apabila segelintir masyarakat beranggapan penyebaran berita seumpama itu tidak akan mendatangkan mudarat. “Adalah menjadi ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3228
Jan 25, 2019 - SHAH ALAM, 24 JAN: Kelewatan pembayaran pembiayaan pinjaman kepada usahawan Selangor di bawah skim mikrokredit Hijrah Selangor (HIJRAH), sudah selesai sepenuhnya. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, isu kelewatan berpunca daripada permohonan program skim itu yang berlipat kali ganda sehingga HIJRAH terpaksa mengatur semula proses pembiayaan terbabit. “Pembayaran tertangguh ini sebenarnya tidak disengajakan, namun ia berpunca daripada peningkatan jumlah permohonan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3224
Jan 24, 2019 - SHAH ALAM, 24 JAN : Kerajaan Negeri akan bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan dalam memastikan kebajikan atlet terjaga sebaiknya. EXCO Pembangunan Generasi Muda dan Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, Kerajaan Negeri sentiasa melihat kebajikan atlet Selangor sebagai keutamaan. “Antara langkah awal, saya akan mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Belia dan Sukan bagi membincangkan beberapa isu termasuk membabitkan isu kebajikan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3222
Jan 24, 2019 - SHAH ALAM, 24 JAN: Projek Rumah Selangorku Fasa 1 (subfasa 1A) di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung yang dibina oleh MK Land Holdings Berhad habis dijual sebelum pelancaran rasmi jualannya, pada 19 Januari lalu. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, K Mohanachandran berkata, Projek Rumah Selangorku itu dibangunkan bagi menyahut permintaan ramai untuk menyediakan kediaman mampu milik kepada rakyat. Katanya, subfasa 1A adalah di antara empat subfasa dan kesemua unit fasa 1A dikenal pasti ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3220
Jan 23, 2019 - SHAH ALAM, 23 JAN: Jika dahulu pengajian sekolah aliran agama dipandang sepi oleh masyarakat, namun persepsi itu semakin berubah sehinggakan permintaan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke sekolah agama melebihi kekosongan ditawarkan. Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Dato’ Haris Kasim berkata, perubahan dapat dilihat apabila seramai 40,952 pelajar telah mendaftar di pelbagai institusi pendidikan di bawah seliaan jabatan itu setakat 15 Januari lalu. “Saban tahun ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3216
Jan 23, 2019 - SHAH ALAM, 23 JAN: Kerajaan Negeri sentiasa komited untuk memajukan tilawah dan hafazan Al-Quran di Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bagaimanapun Kerajaan Negeri percaya pelajar tahfiz dan Al-Quran mempunyai pilihan dan peluang lebih baik di dalam kehidupan ini jika mereka turut memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). “Menyedari hakikat ini, Kerajaan Negeri pada perbentangan belanjawan 2019 telah meluluskan dan memperuntukan sebanyak RM1.94 Juta kepada ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3214
Jan 23, 2019 - JELAI, 22 JAN: Tindakan Kerajaan Negeri membayar pampasan kepada Orang Asal berjumlah RM6.5 juta ketika awal pemerintahan Negeri Selangor sejak 2008 membuktikan pihaknya bersedia mengembalikan hak yang dinafikan ketika pentadbiran Barisan Nasional. Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Selangor, Amirudin Shari berkata, kejayaan itu mencerminkan keupayaan Pakatan Harapan (PAKATAN) untuk terus membela nasib Orang Asal tambahan kini mereka turut mentadbir Kerajaan Persekutuan. Situasi ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3212
Jan 18, 2019 - SHAH ALAM, 18 JAN: Pemegang harta yang menjelaskan cukai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi penggal pertama sebelum atau pada 28 Februari ini, berpeluang memiliki payung eksklusif atau beg jut secara percuma. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, pembayar cukai perlu menjelaskan cukai taksiran untuk tempoh setahun dengan jumlah tahunan tidak kurang RM100 dan tidak mempunyai tunggakan. Katanya, pemberian payung atau beg jut eksklusif itu juga adalah ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3206
Jan 18, 2019 - SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperuntukkan RM5,000 kepada semua Ahli Majlisnya bagi melaksanakan program membasmi denggi, di kawasan masing-masing. Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, seramai 23 Ahli Majlis menerima peruntukan itu sebagai salah satu langkah mengurangkan penularan wabak denggi, di daerah berkenaan. “Dengan peruntukan itu, kita mahu setiap Ahli Majlis untuk mengadakan program berkaitan seperti gotong-royong supaya tempat ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3204
Jan 18, 2019 - SHAH ALAM, 17 JAN: Kerajaan Negeri akan memulakan agenda ‘Business Matching’ sebagai suatu bentuk pembaharuan kepada program Jelajah Usahawan Selangor (JUS), pada tahun ini. EXCO Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail berkata, penambahbaikan itu dengan menggabungkan tiga entiti termasuk usahawan, kewangan dan pemain industri. “Di bawah portfolio usahawan, saya dipertanggungjawabkan untuk menjaga dan menambahbaik keadaan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3202
Jan 17, 2019 - KLANG, 17 JAN Majlis Perbandaran Klang (MPK) bakal mengeluarkan saman terhadap mana-mana premis dan kediaman yang didapati terbabit dengan sarang pembiakan Aedes. Pengarah Komunikasi Korporatnya, Norfiza Mahfiz berkata, mereka yang terbabit akan diberikan notis tujuh hari oleh MPK sebagai amaran, sebelum tindakan lebih lanjut akan diambil. “Ketika operasi penguatkuasaan denggi, arahan itu dikeluarkan ekoran kawasan berkenaan menimbulkan kacau ganggu dan berisiko kepada pembiakan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3200
Jan 17, 2019 - SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bakal menganjurkan Malam Apresiasi Teater Sasterawan Negara dan pementasan teater ‘Sirih Bertepuk Pinang Menari’, di Auditorium MPAJ Aras 5, di sini, pada 19 dan 20 Januari ini. Pegawai Komunikasi Korporatnya, Norhayati Ahmad berkata, pementasan itu dijadual bermula jam 8 hingga 10.30 malam sebagai inisiatif memartabatkan seni teater dalam kalangan masyarakat tanpa mengira umur, jantina dan kaum. “Teater yang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3197
Jan 16, 2019 - SHAH ALAM, 16 JAN: Sebanyak 13 agensi media termasuk SelangorKini dan TV Selangor memeriahkan Pertandingan Boling Alam Flora Media-Media Selangor, di Sunway Mega Lanes, Sunway Pyramid, baru-baru ini. Ketua Pegawai Eksekutif Flora Sdn Bhd, Datuk Mohd Zain Hassan berkata, program itu bertujuan mengeratkan hubungan bersama petugas media yang selama ini membuat laporan berita dan liputan membabitkan syarikat berkenaan. “Ia juga sebagai tanda terima kasih kepada rakan media yang banyak ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3195
Jan 16, 2019 - SHAH ALAM, 16 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima menghadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun di Istana Bukit Kayangan, Shah Alamm,, pada 10 Januari lau. Dalam pertemuan yang berlangsung sekitar jam 10 pagi, Mohamad Fuzi memberi maklum kepada baginda berkenaan pertukaran baharu jawatan Ketua Polis Selangor yang ketika ini disandang Dato’ Mazlan Mansor. Makluman pertemuan yang berakhir sejam kemudian itu ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3192
Jan 15, 2019 - SHAH ALAM, 15 JAN: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan Selamat Hari Ponggal buat masyarakat India di negeri ini. “Selamat menyambut pesta ini yang menandakan tanda kesyukuran terhadap kurniaan diterima pada musim tuai serta mengingati jasa baik warga petani yang telah bekerja kuat,” tulisnya di laman twitter peribadi miliknya, hari ini. Secara tradisi, Ponggal dirayakan oleh penduduk (petani dan penternak) di Tamil Nadu dan Andra Pradesh, India. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3190
Jan 15, 2019 - SHAH ALAM, 14 JAN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menasihatkan orang ramai supaya membuat pengesahan dengan pihak bertanggungjawab atau menyelidik sesuatu perkara sebelum menularkannya di laman sosial. Ketua Pegawai Penyelarasnya, Abdul Basith Hamid berkata, hal itu bagi mengelakkan ia menjatuhkan kredibiliti sesetengah pihak termasuk LZS. Katanya, LZS menghargai keprihatinan netizen dalam sesuatu perkara membabitkan masyarakat sekeliling terutamanya golongan tidak berkemampuan. ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3188
Jan 14, 2019 - SHAH ALAM, 14 JAN: Sebanyak 23 kucing menerima pemilik baharu pada Program ‘Kucing Angkat’ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, Ahad lalu. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran kepada komuniti setempat supaya bersikap lebih bertanggungjawab kepada haiwan peliharaan demi untuk persekitaran yang bersih dan selamat. Katanya, ia juga merupakan landasan untuk ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3186
Jan 14, 2019 - KAJANG, 13 JAN: Pihak industri khususnya majikan disaran tampil bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada anak asnaf, di negeri ini. Ketua Divisyen Pembangunan Asnaf LSZ, Dr Adibah Abdul Wahab berkata, langkah itu disifatkan wajar kerana turut memberi peluang kepada semua pihak untuk bersama meringkankan beban keluarga golongan terbabit. “Strategi kami adalah untuk menjalin kerjasama dengan semua pihak yang boleh menyediakan pelbagai ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3184
Jan 11, 2019 - SHAH ALAM, 11 JAN: Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari diteruskan di daerah ke lima iaitu Petaling, hari ini. Ia dimulakan dengan perhimpunan pagi dan sarapan bersama penjawat awam sebelum mesyuarat bersama Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). Bagaimanapun, mesyuarat MMKN itu terpaksa dibatalkan susulan kematian Ahli Dewan Negeri (ADN) Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor. Amirudin berkata, program itu kesinambungan jelajah tahun lepas, yang mensasarkan turun ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3180
Jan 11, 2019 - SHAH ALAM – Mantan Datuk Bandar Shah Alam, Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, mahu kakitangan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu terus komited melaksanakan tugas bagi mencapai kecemerlangan yang berterusan. Beliau yang dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG) turut menasihatkan kakitangan supaya tidak menimbulkan perkara yang menjadi kemurkaan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. “DYMM ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3176
Jan 10, 2019 - SHAH ALAM, 9 JAN: Kerajaan Negeri sedia meneliti semua perkara termasuk nasib golongan rakyat berpendapatan rendah (B40) jika berlaku kenaikan kadar tarif air tahun ini seperti yang dinyatakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr Xavier Jayakumar. EXCO Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani, Ir Izham Hashim berkata, beliau menyifatkan pandangan menteri itu dibuat secara umum. “Selangor akan meneliti perkara ini secara terperinci dan jika ada ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3174
Jan 09, 2019 - SHAH ALAM, 9 JAN: Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) akan berbincang dengan Pesuruhjaya Bangunan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk mengkaji kaedah dalaman (house rules) bagi membendung kegiatan penyewaan Rumah SelangorKu. Pengarah Eksekutifnya, Sr Nazmi Osman berkata, ia selaras dengan fungsi Badan Pengurusan Bersama di bawah Seksyen 3 (4) Jadual 3 peraturanpengurusan strata (penyelenggaraan dan pengurusan) 2015 supaya pemantauan serta penyeliaan dibuat bagi memastikan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3172
Jan 09, 2019 - SHAH ALAM, 8 JAN: Cadangan menggunakan bas elektrik dalam perkhidmatan bas percuma, Bas Smart Selangor mendapat pertimbangan Kerajaan Negeri berikutan ia sejajar dengan visi menjadikan negeri itu sebagai ‘Smart State’ menjelang 2025. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, penggunaan bas elektrik memberi pelbagai kelebihan seperti menggunakan teknologi mesra alam sekitar, menjimatkan, berdaya saing dan dilengkapi teknologi terkini yang diperlukan. “Sebagai ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3170
Jan 09, 2019 - SHAH ALAM, 8 JAN: Permohonan pengeluaran bayaran pembiayaan Yayasan Hijrah Selangor (HIJRAH) bagi yang tertangguh akan diselesaikan selewat-lewatnya penghujung Januari ini. Pengerusi Eksekutifnya, Dato’ Mansor Othman berkata, ia sejajar dengan hasrat HIJRAH yang optimis membantu peniaga kecil mencapai objektif melebarkan kelas menengah sekali gus menangani isu kemiskinan di Selangor. “Kerajaan Negeri turut maklum perkara berkenaan dan Dato’ Menteri Besarm Amirudin Shari ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3168
Jan 08, 2019 - KUALA LUMPUR, 8 JAN: Peluang generasi muda melibatkan diri dalam perniagaan akan diperluaskan dengan mewujudkan Dataran Belia. EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, Dataran Belia ini akan dilengkapi pelbagai kemudahan perniagaan seperti kiosk mudah alih dan lain-lain. “Saya melihat secara khusus, kita boleh meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melihat isu belia dalam konteks memberi peluang dalam ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3166
Jan 08, 2019 - SHAH ALAM, 7 JAN: Pemeriksaan bersepadu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah premis makanan di Seksyen 25, di sini, mendapati premis terbabit melakukan beberapa kesalahan termasuk mengelirukan orang ramai dengan menggantung ayat al-Quran, di premis terbabit. Timbalan Pengarah Operasi JAIS, Salwana Ahmad Dahlan berkata, pemeriksaan membabitkan Bahagian Pengurusan Halal JAIS, Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan JAIS dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3163
Jan 07, 2019 - SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan mengadakan Program ‘Kucing Angkat’ sempena Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, pada Ahad ini bertempat di Dataran Kemerdekaan, Seksyen 14 mulai jam 8 hingga 11 pagi. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran komuniti setempat dan menggalakkan kerjasama secara berterusan. Katanya, ia juga bagi memupuk sikap bertanggungjawab kepada haiwan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3161
Jan 07, 2019 - SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menutup sebahagian jalan mulai jam 6.30 pagi sehingga 9.30 pagi bagi melancarkan penganjuran program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan 2019, pada 13 Januari ini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, jalan yang terbabit adalah Persiaran Bandaraya (Dataran Kemerdekaan), Persiaran Perbandaran, Persiaran Tasik, Persiaran Masjid, Persiaran Dato’ Menteri dan Persiaran Damai. “Program ini akan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3157
Jan 07, 2019 - SHAH ALAM, 7 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan menyediakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) bagi memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, SAOW itu akan menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan kemudahan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3159
Jan 03, 2019 - SHAH ALAM, 2 JAN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) kepada umum, pada 5 Januari ini, di tempat letak kereta Pasaraya AEON Big Bukit Rimau, Seksyen 32, di sini. Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, waktu operasinya akan bermula dari jam 11 pagi hingga 5 petang. “Perkhidmatan SAOW ini adalah platform yang disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3153
Jan 02, 2019 - SHAH ALAM, 2 JAN: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berharap kehadiran 2019 menjadi tahun yang hebat untuk seluruh rakyat, khususnya di negeri ini. Baginda bertitah, tahun baharu adalah hari resolusi untuk setiap orang menjalani kehidupan yang lebih sihat, jujur, baik dan bahagia. “Beta sangat berharap pada tahun baharu, kita semua boleh bekerjasama dengan suatu penyelesaian baru untuk menjadikan rumah, kejiranan, kampung atau bandar dan ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3151
Jan 02, 2019 - GOMBAK, 1 JAN: Menyedari pendidikan adalah pelaburan terpenting bagi membolehkan sesebuah negeri menjadi lebih baik dan sejahtera, Kerajaan Negeri komited menyalurkan bantuan persekolahan kepada anak Selangor. Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ia dilaksanakan melalui program Back To School melalui sumbangan barangan persekolahan kepada kira-kira 400 kanak-kanak, bagi sesi 2019. Katanya, langkah itu selaras komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memartabatkan bidang ...
Tags matched : berita 2019
└/index.php/pages/view/3149