![]() | Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor Selangor menyambut satu lagi detik penuh bersejarah iaitu Sambutan Jubli Perak sempena 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang dijadual berlangsung lebih sebulan mulai 28 September hingga 1 November dengan beberapa program dan majlis rasmi disusun untuk rakyat diadakan secara sederhana. Bagi membolehkan rakyat bersama-sama meraikan ulang tahun pemerintahan Baginda, Kerajaan Negeri turut menetapkan 25 Oktober* sebagai hari kelepasan am bagi seluruh Selangor. Memandangkan tarikh tersebut jatuh pada hari Ahad, maka hari berikutnya Isnin 26 Oktober ditetapkan sebagai hari kelepasan am gantian. *Artikel penuh: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395140 Ikuti media rasmi: |
Video: Jubli Perak Pemerintahan DYMM Sultan Selangor (sedang dikemaskini)
| |
Video: Forum Perdana Ehwal Islam Khas 22 Oktober Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, marilah bersama-sama menghayati pengisian ilmu menerusi Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk “Raja Berdaulat Memayungi Umat” anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Kupasan istimewa membicarakan peranan institusi diraja dalam memayungi umat Islam bersama barisan panel yang berwibawa. Tarikh: 22 Oktober 2026 (Khamis) Siaran langsung di TV1, RTM pada jam 9.00 malam. | |
Video: Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Jumaat Khas >Ikuti video rakaman Majlis Bacaan Yasin dan Khutbah Khas pada 2 Oktober 2026 >Rujuk penerbitan Khutbah bertajuk Dari Takhta Ke Hati Rakyat, 25 Tahun Menjunjung Daulat di Laman E-Khutbah | |
![]() | Piala Jubli Perak DYMM Sultan Selangor *Perlawanan akhir pada 31 Oktober 2026 di Stadium MBPJ Sebanyak 48 pasukan sekolah bakal berentap merebut kejuaraan Kejohanan Bola Sepak Piala Jubli Perak sempena Sambutan Jubli Perak, 25 tahun pemerintahan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Kejohanan itu diadakan atas titah Tuanku Sultan Selangor dan dianjurkan seperti Piala Dato' Mokhtar Dahari yang diadakan setiap tahun. -Ikuti maklumat lanjut dan jadual perlawanan di laman web rasmi kejohanan: https://pdmd.my -Artikel berita Media Selangor: https://mediaselangor.com/ms/2026/09/395639 |
![]() | Larian Kita Jubli Perak Acara Larian Kita Jubli Perak |















