PERMOHONAN HAKMILIK HILANG
BAGAIMANA CARANYA MENDAPATKAN HAKMILIK BARU BAGI TANAH TERSEBUT?
Hendaklah memastikan bahawa hakmilik tersebut benar-benar hilang sebelum membuat repot kehilangan di Balai Polis yang berdekatan
Seterusnya tuan/puan bolehlah hadir di Pejabat Tanah dimana hakmilik tanah itu didaftarkan atau di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Selangor untuk memohon hakmilik yang baru.
CARA-CARA MEMOHON
1. Menggunakan borang permohonan hakmilik hilang (Seksyen 187B KTN) yang telah lengkap diisi ;
2. Disertakan dengan repot polis;
3. Akuan kehilangan;
4. Salinan hakmilik dan akuan bank (jka ada);
5. Carian rasmi;
6. Salinan kad pengenalan/ sijil kematian dan;
7. Bayaran permohonan sebanyak RM400 bagi setiap hakmilik.
Muat Turun Borang Permohonan Hakmilik Hilang
Muat Turun Surat Akuan
Kemaskini pada 2020-03-11 16:35:34 daripada Siti Zurina Jusoh