PERMOHONAN TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN
DEFINISI
Mengeluarkan halangan / kaveat yang dimasukkan ke dalam hakmilik berkaitan.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Orang perseorangan, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan atau wakil pihak - pihak berkenaan yang membuat permohonan kemasukan kaveat.
PANDUAN PENGISIAN BORANG TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN (19G)
1. Borang hendaklah ditulis dan ditandatangani dengan pen dakwat basah berwarna hitam atau ditaip dengan jelas dan terang.
2. Bagi Permohonan Tanah Rizab Melayu mestilah diakusaksi oleh Pentadbir Tanah.
3. No. P.A Bank yang betul (untuk tandatangan wakil P.A bank, nyatakan nama dan nombor My Kad).
4. Syer yang hendak dikaveatkan.
5. Sebab - sebab pembelian oleh individu/syarikat (sertakan Sales and Purcase Agreement / S & P ).
6. Sebab - sebab pembelian lain oleh individu / syarikat (sertakan dokumen sokongan).
7. Bagi permohonan oleh syarikat, sila sertakan M & A, Form 49, 24 dan 11 dari R.O.C.
8. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (individu atau pengarah syarikat).
SENARAI SEMAK PENDAFTARAN TARIK BALIK KAVEAT PERSENDIRIAN (19G)
1. Borang Tarik Balik Kaveat 19G yang telah diisi dengan lengkap.
2. Salinan My Kad pemohon yang jelas, bahagian depan dan belakang (gelap / kabur tidak akan diterima).
3. Dokumen - dokumen sokongan seperti S & P dan lain - lain.
Kemaskini pada 2020-03-11 16:33:19 daripada Siti Zurina Jusoh