Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pengambilan Tanah

PENGAMBILAN TANAH



DEFINISI

Mengambil mana - mana tanah milik menerusi proses undang - undang bagi segala bentuk pembangunan fizikal yang memerlukan tanah untuk dijadikan sebagai tapak dengan menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, walaupun tuan tanah tidak bersetuju menjualnya dan tawar - menawar mengenai harga tidak diperlukan.


TUJUAN PENGAMBILAN TANAH

a) Untuk maksud awam
b) Oleh mana - mana orang atau perbadanan untuk maksud mengikut pendapat Pihak Berkuasa Negeri dapat memberi manfaat kepada pembangunan ekonomi Malaysia atau sebahagian daripadanya / manfaat kepada orang awam secara umumnya / kepada suatu kelas orang awam dan untuk maksud perlombongan / perumahan / pertanian / perniagaan / perusahaan atau maksud rekreasi.
c) Mana - mana kombinasi daripada maksud itu.
 

TANAH - TANAH YANG BOLEH DIAMBIL

1. Tanah milik.
2. Tanah yang diduduki dengan harapan mendapat hakmilik seperti A.A atau Surat Akuan / melalui catatan dalam Daftar Pegangan di bawah Akta Tanah (Kawasan - Kawasan Penempatan Berkelompok)
3. Tanah yang diduduki mengikut hak disisi adat seperti tanah yang diduduki oleh Orang Asli turun - temurun (tidak termasuk kawasan rayau).
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.


ORANG BERKEPENTINGAN

Orang yang berkepentingan seperti berikut berhak mendapat pampasan:
a) Penduduk atas tanah.
b) Pemilik tanah.
c) Orang / badan yang mempunyai kepentingan berdaftar seperti pemegang gadai, pemegang pajak, pemegang pajak pajakan kecil, pemegang gadai pajaan dan pemegang ismen.
d) Orang yang berkepentingan yang lain seperti pentadbir, pemasuk kaveat, pemegang lien, pemegang lien pajakan, pemegang (donee) suratkuasa wakil (Power of Attorney), Pegawai Pemegang Harta, Pemegang Amanah, Wasi dan sebagainya.
e) Orang yang menuntut (Claim) kepentingan dalam pampasan.

 
MUAT TURUN BORANG

1.    Senarai Semak Permohonan Pengambilan Tanah dibawah Seksyen 8 & Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan tanah 1960
2.    Senarai Semak Permohonan Pengambilan Tanah dibawah Seksyen 4 & Seksyen 3(1)(a) Akta Pengambilan tanah 1960
3.    Senarai Maklumat Lengkap Bagi Fail Pengambilan Tanah
 

 

 


 


Kemaskini pada 2019-10-08 16:22:31 daripada Nur Adila

  •  
  • Print
  • Email this page