Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Nelayan rayu diberi lesen

 

image

 

   
PULAU INDAH, 21 Januari 2014 - Golongan nelayan di Kampung Pulau Indah, Pelabuhan Klang merayu agar mereka diberi lesen bot dan sampan dengan segera kerana tidak sanggup lagi berhadapan dengan risiko kehilangan harta-benda.

Bukan setakat itu, ketiadaan lesen tersebut juga menyebabkan mereka gagal mendapat subsidi seperti diesel, enjin dan keperluan lain.

Salah seorang nelayan, Sharom Rahmat, 43, berkata, isu ini telah lama berlarutan dan dia kesal mereka tidak mendapat pembelaan sewajarnya.

“Saya berhadapan risiko kerugian RM15,000 jika bot atau sampan dicuri. Kalau hilang, kami memang tak boleh buat apa-apa selain berusaha sendiri mencarinya," katanya yang sudah beberapa kali memohon namun hampa.

Menurut Sharom, disebabkan tiada lesen juga, bot mereka tidak mempunyai nombor pendaftaran dan menyukarkan proses mencari jika hilang akibat dicuri.

"Saya tidak faham kenapa susah sangat kami nak dapat lesen. Hanya segelintir saja yang berjaya dapat lesen sah, yang lain semuanya gagal walaupun dah banyak kali memohon," katanya kepada Sinar Harian.

Seorang lagi nelayan ditemui, Hamzah Rahmat, 66, memberitahu, dia sudah memohon sebanyak empat kali.

“Tak taulah kenapa saya tak layak. Padahal saya memang kerja nelayan, malah ada bot sendiri. Saya tengok orang luar dan bangsa lain senang saja dapat lesen, tapi kami penduduk tetap di pulau ini tak dapat," katanya.

Mohammad Rapudin Supian, 56, pula hampir berputus asa untuk terus memohon dan memiliki lesen bot dan sampan yang sah.

“Kami dah macam peminta sedekah pula hanya untuk dapatkan lesen menjalankan aktiviti sampingan atau cari rezeki halal sebagai nelayan. Mereka yang tak sepatutnya dapat lesen, dapat pula dengan mudah. Kami yang ikut saluran betul, tersisih.

"Kami hanya mahu nasib dibela sama ada nelayan secara tetap atau sambilan," katanya.

Sementara itu, Ketua Unit Pelesenan Pejabat Perikanan Negeri Selangor, Saufi Affandi Talib berkata, pihaknya hanya akan mengeluarkan lesen kepada pemohon yang layak sahaja, iaitu nelayan tegar yang mencari rezeki sepenuh masa melalui sumber laut.

Menurutnya, bermula 1 Julai 2013 juga, permohonan untuk mendapatkan lesen bot atau sampan di bawah Jabatan Perikanan Negeri Selangor dibekukan.

"Disebabkan itu, kami tidak mengeluarkan lesen atau terima permohonan baru. Permohonan ini dibekukan kerana bilangan lesen yang dikeluarkan telah melebihi kuota ditetapkan. Lesen yang dah dikeluarkan setakat ini mencecah 18,000," katanya.

Tambahnya, keputusan untuk mengeluarkan lesen juga adalah bergantung kepada panel dilantik.

"Kami mendapat kerjasama panel daripada Jabatan Perikanan Daerah, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan pengerusi nelayan. Setelah mereka semua bersetuju selesai mengkaji kelayakan, barulah keputusan dibuat," katanya.

Beliau turut menegaskan, bagaimanapun jika ada sebarang kes berkenaan lesen yang dikeluarkan kepada individu tidak layak, pihaknya sedia menerima aduan.

 


Kemaskini pada 2016-05-20 14:10:51 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page