Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tingkat pencegahan jenayah

image

 

BANTING, 1 Februari 2014  - Pemasangan CCTV di beberapa lagi kawasan tumpuan bakal diperhebatkan jika mendapat peruntukkan pihak membantu mengurangkan kes jenayah.

 

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohd Azhar Mohamed Ali berkata, tidak dinafikan kemudahan tersebut perlu bagi menangani kes sosial yang berlaku, malah kewujudan CCTV juga memberi impak yang baik apabila pengurangan kes dapat dilakukan di sesebuah kawasan.

 

Bagaimanapun menurutnya, pelbagai usaha dilakukan bagi mengurangkan jenayah akibat penyalahgunaan kemudahan yang disediakan.

 

“MDKL sendiri telah membina sebuah cermin sisi bagi menghapuskan masalah kes ragut yang sering berlaku di lorong kedai.

 

“Kewujudan cermin tersebut membantu pengguna melihat suasana sekeliling di mana membolehkan mereka untuk mengesan jika terdapat peragut,” katanya.

 

Azhar berkata, beliau turut kesal tindakan segelintir pihak yang menyalahgunakan laluan di lorong itu untuk kegunaan sendiri di mana menjadikan lokasi laluan kenderaan berat.

 

Katanya, tindakan itu sebenarnya mengganggu pengguna lain atau pemandu untuk melalui laluan tersebut akibat kesesakan kenderaan berat.

 

Sementara itu,  pengguna, Zuraini Yusof, 41, berkata, dia nyaris dilanggar sebuah treler akibat tidak perasan kenderaan terbabit cuba melalui kawasan sempit di situ.

 

Katanya, bukan sahaja mengganggu kawasan parkir kenderaan malah menyebabkan kemalangan kecil berlaku.

 

“Pihak bertanggungjawab diharapkan  dapat  memantau aktiviti kenderaan berat yang melalui kawasan itu supaya mereka tidak mengambil kesempatan.

 

“Dalam pada itu, kawasan yang  sering  menjadi  tumpuan peragut  itu  perlu  diawasi supaya tiada masalah ragut berlaku lagi,” katanya.

 

Dalam pada itu, pekerja bank, Mohammad Nizam, 40, berkata, dia serik untuk melalui kawasan itu apabila waktu malam kerana pernah terserempak insiden ragut beg tangan oleh dua lelaki bermotosikal terhadap seorang wanita warga asing.

 

Katanya, wanita terbabit pada ketika itu baru sahaja keluar dari sebuah kedai di tingkat atas dipercayai rumah sewa namun tidak perasan terdapat dua orang lelaki sedang menunggu mangsa.

 

“Ketika itu, saya baru sahaja keluar dari kereta dan tidak sempat membantu.

 

“Pada saya, kejadian seumpama ini perlu dipantau dengam lebih serius supaya peragut tidak mengambil kesempatan di kawasan gelap,” katanya.

 


Kemaskini pada 2016-05-20 14:11:39 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page