
|
|
KLANG, 12 Februari 2014 –Dua adik-beradik yang mengugut bunuh seorang pekerja restoran berusia 39 tahun, ditahan polis di rumahnya di Taman Desa Meru, dekat sini, kira-kira jam 1 petang, Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulung berkata, ketika itu, kedua-dua suspek berada di rumahnya.
“Soal siasat terhadap suspek membawa kepada penemuan dua pucuk pistol yang disorokkan dalam almari di bilik berasingan.
“Dan, kita dapati senjata ini merupakan pistol tiruan kerana ia menyerupai seperti pistol sebenar,” katanya kepada media, semalam.
Mohamad Shukor berkata, polis percaya tindakan suspek mengugut mangsa bermotifkan dendam.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek ini mempunyai rekod lampau atas kes bunuh selain didapati positif dadah jenis syabu.
Menurutnya, suspek berusia 26 dan 23 tahun yang merupakan pemandu lori serta pengawal keselamatan ini direman 10 hari sehingga 23 Februari.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
|
Kemaskini pada 2016-05-20 13:32:03 daripada Admin ICT