Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Polis tumpas geng seludup tanah merah

   image                                                                            

 

PELABUHAN KLANG - Sebuah bot barter trade Indonesia ditahan dalam 'Op Pensura' di Tanjung Harapan, dekat sini, selepas didapati cuba menyeludup keluar tanah merah ke Indonesia, semalam.

 Pegawai Pemerintah Markas Operasi Polis Marin Wilayah Satu Pelabuhan Klang, Norzaid Muhammad Said berkata, bot itu ditahan jam 7 pagi.

“Hasil pemeriksaan bot itu didapati membawa 400 beg tanah merah seberat 400,000 kilogram  bernilai RM96,000,” katanya.

 Menurutnya, seorang tekong bot warga Indonesia ditahan untuk siasatan lanjut.

 Kes disiasat di bawah Seksyen 426 Kanun Tanah Negara 1965 iaitu mengeluarkan bahan batuan secara tidak sah. Semua barang rampasan diserahkan kepada Pejabat Tanah dan Galian Selangor untuk tindakan lanjut.

 Op Pensura adalah operasi polis marin dalam mencegah jenayah dan mempertingkatkan kawalan keselamatan pesisiran pantai Selangor.


Kemaskini pada 2016-05-20 13:34:56 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page