Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Sanggup terjun elak terbakar

image

 

KLANG, 7 March 2014 - Beberapa orang penghuni warga asing sanggup terjun dari tingkat satu untuk menyelamatkan diri daripada menjadi korban kebakaran apabila tingkat bawah bangunan yang diduduki mereka terbakar dalam kejadian di belakang Pasaraya Mydin, di sini, semalam.

 

Menurut salah seorang penghuni, ketika kejadian dia baru sahaja hendak melelapkan mata.

 

“Selepas terbau asap, saya lihati api sudah marak dalam rumah,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

 

Melihat kebakaran itu, dia terus menjerit meminta tolong dan nekad terjun bersama rakan-rakannya.

 

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Raja, Penolong Penguasa Bomba A. Romzi Abu berkata, beberapa buah kedai terbakar dalam kejadian itu.

 

Menurutnya, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran ini pada jam 12.46 tengah malam dan jentera pertama tiba di tempat kejadian jam 12.50 tengah malam.

 

“Seramai 7 anggota termasuk pegawai daripada lima balai bomba terlibat dalam operasi itu  dan kami berjaya memadamkan kebakaran kira-kira jam 4.18 pagi,” katanya.

 

Beliau berkata, seramai 11 orang mangsa terlibat dalam kebakaran itu namun mereka semua tidak mengalami sebarang kecederaan.

 

Katanya, beberapa mangsa yang melompat daripada bangunan berkenaan hanya mengalami kecederaan ringan dan tiada orang terkorban dalam kejadian itu.

 

“Kami masih menyiasat anggaran kerugian dan punca kebakaran berkenaan,” katanya.

 

Kemaskini pada 2016-05-20 13:34:50 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page