Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

PANDUAN PENGGUNAAN W3C

 

    

PANDUAN PENGGUNAAN W3C

Pengenalan

Portal Pejabat Daerah / Tanah Klang menyediakan kemudahan untuk membantu pengguna portal terutamanya golongan Orang Kurang Upaya (OKU) yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan portal ini agar dapat dibaca dan difahami dalam keadaan yang terbaik selari dengan hasrat dan objektif W3C : Web Accessibility (WAI). Di antara kemudahan - kemudahan yang disediakan di dalam portal ini adalah seperti berikut:

 

1. Pilihan Warna Huruf / Teks :

image

Bagi Pengguna Buta Warna, terdapat beberapa pilihan warna yang disediakan di penjuru atas kanan Portal Pejabat Daerah / Tanah Klang dimana pengguna boleh membuat pilihan ke atas warna - warna yang disediakan dan huruf / teks Portal akan berubah dengan serta merta.

 

2. Pilihan Saiz Huruf / Teks :

image

Portal Pejabat Daerah / Tanah Klang juga menyediakan kemudahan untuk membuat pilihan ke atas saiz teks agar menjadi lebih kecil / besar berdasarkan kesesuaian bagi memudahkan pembacaan. Pilihan ini terletak di ruangan penjuru atas kanan Portal Pejabat Daerah / Tanah Klang di sebelah kiri ruangan Pilihan Warna Huruf / Teks.

 

3. Pautan ke Pembaca Teks Luaran iaitu IE Page Reader:

Pengguna perlu mendapatkan perisian berkenaan dengan memuat turun IE Page Reader. Sebelum pengguna boleh menggunakan komponen ini, pengguna harus memuat turun MS Speech API. Jika pengguna menggunakan Windows 2000 ke atas, besar kemungkinan sistem pengguna sudah memiliki komponen ini. Pengguna juga perlu memuat turun sekurang - kurangnya satu (1) Speech Engine. Speech Engine adalah 'suara' seorang lelaki / perempuan yang akan bercakap di dalam Bahasa Inggeris atau bahasa - bahasa lain berdasarkan pilihan yang dibuat. Untuk arahan selanjutnya bagi menggunakan komponen ini, sila ke Laman Text Reader ini.

 

4. Pilihan Bahasa :

image

 

Portal Rasmi Pejabat Daerah / Tanah Klang juga menyediakan kemudahan untuk pilihan bahasa ke Bahasa Inggeris. Ruangan pilihan bahasa untuk pengguna ini terletak di sebelah kiri bahagian bawah / ' Footer ' Portal ini.

 
    

Kemaskini pada 2016-11-08 17:00:51 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page