Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Maut ketika lintas jalan

 
KLANG, 2 JUN 2014 - Gara-gara melintas jalan secara cuai, seorang pengutip barangan terpakai maut selepas dia dirempuh sebuah kereta di Pekan Kapar, di sini malam kelmarin.

Dalam kejadian sekitar jam 10.50 malam itu, mangsa, S Mariaee, 68, beralamat di Taman Kapar dirempuh ketika dia melintas jalan dengan menunggang basikalnya.

Mangsa disyaki bekerja sebagai pengutip barangan terpakai berikutan penemuan pelbagai kotak-kotak terpakai di bahagian belakang basikal miliknya.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, Asisten Superintendan Zawary Mahadi berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Proton Satria Neo yang dipandu seorang pendawaian dari arah Kuala Selangor menghala Klang tidak sedar kehadiran mangsa.
 
“Mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba menyebabkan pemandu itu terkejut.

“Pemandu berusia 30 tahun itu dikatakan cuba mengelak bagaimanapun gagal lalu merempuh mangsa yang menunggang basikal itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan mangsa melambung dan mengalami kecederaan parah.

Mangsa dikejarkan ke Klinik Kesihatan Kapar bagi rawatan lanjut dan disahkan meninggal dunia 20 minit kemudian.

Pemandu kereta sudah diambil keterangan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemaskini pada 2014-06-23 16:42:55 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page