Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pemuda Maut Digilis Komuter

image
KLANG, 2 JUN 2014 - Seorang pemuda maut digilis komuter apabila dia terjatuh dari jambatan di Stesen Komuter Teluk Pulai, di sini, semalam.

Ketua operasi menyelamat dari Balai Bomba Dan Penyelamat Kota Raja, Pegawai Bomba Hussin Mat Amin berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 8.15 pagi.

“Saya bersama empat anggota tiba di tempat kejadian lima minit kemudian,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan keterangan saksi, pemuda berumur 29 tahun itu kelihatan bertinggung di atas jambatan dan terjatuh sebaik sahaja komuter tiba di stesen tersebut.

Tangan kiri mangsa hampir putus akibat digilis komuter dan pinggangnya mangsa didapati lebam.

Menurutnya, mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk siasatan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, untuk bedah siasat.

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut.

Kemaskini pada 2014-06-23 16:42:37 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page