Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pulanglah Dominic!

image
KLANG, 7 JUN 2014 - “Pulanglah Dominic...kami rindukan kamu,” demikian luah M Ganapragasam, 63, terhadap anaknya Dominic, 36, yang didakwa hilang sejak tiga bulan lalu.

Ganapragasam yang juga pesara kerajaan berkata, anak kedua daripada tiga beradik itu kali terakhir berhubung dengan keluarga pada 6 Mac lalu sekitar jam 5.30 petang.

“Beberapa jam selepas itu, Dominic tak dapat dihubungi. Banyak kali kami cuba tapi gagal. Kami terpaksa buat laporan polis sebab risau keselamatannya. Dia tinggal seorang diri selepas berpisah dengan isteri dua tahun lalu,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, teman wanita Dominic dikenali Shalyn pergi ke kondominium di Seri Kembangan untuk mengesan anaknya tetapi gagal.

“Dia terkejut bila tengok pintu kedua kondo terbuka luas dan kereta jenis Lexus juga tiada.

“Sejam sebelum itu, Dominic ada beritahu Shalyn dia ingin ke Sungai Besi bersama rakannya kerana ada urusan.

“Tiga rakan yang baru dikenali Dominic juga gagal dikesan dan disyaki turut hilang,” dakwanya.

Beliau yang tinggal di Telok Pulai, Klang berkata, lebih mengejutkan apabila kereta salah seorang rakan anaknya itu dijumpai berdekatan sebuah pasar raya di Melaka.

“Pelbagai cara kami lakukan, buat laporan polis, tengok CCTV di rumah Dominic. Tapi tak dapat kesan. Kami sekeluarga rindukan dia,” katanya yang membuat laporan polis di Balai Seri Kembangan.

Dia turut mengesyaki anaknya diculik berdasarkan kehilangan anaknya yang drastik dan mengejutkan tanpa sebarang tanda-tanda.

Mereka yang mempunyai maklumat berkenaan Dominic diminta menghubunginya di talian 016-3598243.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:30:42 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page