Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tak Sangka Itu Suami

image
KLANG, 13 JUN 2014 - Seorang isteri yang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Puchong tidak menyangka jaket merah berhampiran mangsa kemalangan yang ditutup di tepi jalan milik suaminya.

Keresahan yang mengganggu perasaan Nor Hafizah Adnan, memaksa ibu kepada seorang anak itu memberhentikan kenderaan dan menghampiri mayat itu.

Alangkah terkejutnya dia sebaik mendapati tubuh kaku itu milik suami tersayang yang sudah tidak bernyawa. Dia yang gagal mengawal emosi ditenangkan orang ramai yang turut menyaksikan kejadian itu.

Dalam kejadian sekitar jam 8.30 pagi, semalam suami mangsa, Mohd Nazry Saion, 33, yang juga Mekanik Wolksvagen maut di Kilometer 31.7, Lebuhraya Kesas, arah Klang menghala Shah Alam, semalam.

Sepupu mangsa, Shahrizal Mohd Fadzil, 28, berkata, semasa kejadian Allahyarham dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Petaling Jaya dengan menunggang motosikal.

“Arwah ke tempat kerja lebih awal dari isterinya yang bekerja di Puchong.  Mereka lalui jalan yang sama dan kami tidak sangka arwah pergi secepat ini," katanya.

Beliau yang merupakan sepupu rapat arwah berkata, Allahyarham dan keluarganya baru tiba di rumah mereka di Pandamaran, Klang dua hari lalu selepas bercuti.

“Mereka sekeluarga sempat mandi-manda dan habiskan cuti bersama. Kegembiraan itu dikongsi dalam FB bersama rakan-rakan.

“Komen rakan-rakan membuatkan arwah gembira habiskan cuti bersama anak lelaki kesayangannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu dengan Allahyarham kira-kira sebulan yang lalu.

“Kami hanya berhubung melalui Facebook dan kami sekeluarga tidak sangka arwah pergi secepat ini. Arwah seorang yang pandai berjenaka dan gemar membuat orang ketawa," katanya.

Shahrizal berkata, pemergian arwah amat dirasai namun dia reda dengan pemergian itu

Jenazah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Desa Temu Jodoh, Chaah, Yong Peng, Johor selepas asar semalam.

Sementara itu, Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Deputi Superintendan Goh Lee Shan berkata, kejadian berlaku apabila motosikal ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Naza Sorento di KM 31.7, Lebuhraya Kesas arah Klang menghala Shah Alam.

“Geselan itu menyebabkan motosikal mangsa terbalik dan mangsa tercampak ke jalan raya. Mangsa yang parah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:30:28 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page