Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tiada Urutan Seks Seperti Dakwaan Orang Awam

image
KLANG, 14 JUN 2014 - Dakwaan orang awam berkenaan wujud urutan tradisional yang menawarkan urutan seks kepada warga asing di sebuah unit tingkat tiga bangunan premis rumah kedai di Selat Selatan menghala ke perumahan Selat Damai, Pendamar Pandamaran, di sini nyata tidak benar.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, aktiviti persundalan yang didakwa orang awam itu tidak wujud berdasarkan hasil risikan dan pemeriksaan di premis bagunan itu, malam kelmarin.

“Pemeriksaan ke unit tersebut sekitar jam 8.45 malam itu mendapati tiga ahli keluarga tinggal di situ dan mereka berusia lingkungan 34 hingga 65 tahun.

“Keterangan yang diambil ke atas mereka juga mendapati kedua-dua wanita itu menjalankan urutan tradisional atau bidan bagi wanita lepas bersalin,” katanya kepada Sinar Harian selepas operasi itu malam kelmarin.

Menurutnya, hasil pemeriksaan ke atas unit itu juga tidak menemui sebarang peralatan seks berupa kondom atau sebagainya.

“Polis turut mengambil keterangan daripada jiran terdekat dan dimaklumkan keluarga berkenaan hanya menjalankan urutan tradisional.

“Hasil pemeriksaan membuktikan unit itu tidak wujud kegiatan seks seperti yang didakwa dan kita berterima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat ini kepada kita,” katanya.

Kamarul Zaman berkata, orang awam diminta terus menyalurkan maklumat kepada polis bagi tindakan selanjutnya.

Operasi yang bermula sekitar jam 8.45 malam dan berakhir sekitar jam 10 malam itu diketuai Pegawai Cawangan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Asisten Superintendan Mohd

Akmalrizal Radzi dan disertai 25 anggota dari cawangan Jenayah Berat D9 dan D7 serta Balai Pandamaran.

Operasi ini dibuat susulan dakwaan orang awam yang memaklumkan unit itu menjadi tumpuan pekerja warga asing bagi mendapatkan khidmat seks terutamanya pada waktu malam.

Sementara itu, penghuni premis yang dikenali Kakak R berusia 34 tahun berkata, dia, ibu dan abang yang bekerja kilang sudah 10 tahun tinggal di rumah itu.

“Kami memang buat urutan tapi bukan urutan batin. Kami buat urutan tradisional bagi wanita lepas bersalin dan lelaki yang mengalami seliuh, angin ahmar, gangguan makhluk halus dan mandi bunga.

“Saya terkejut dengan pemeriksaan polis ini dan yakin ada pihak dengki dia dan keluarganya,” katanya yang berasal dari Sungai Lang, Banting.

Terdahulu, pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Syahdan Abdullah, 42, memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan penghuni unit itu berselindung di sebalik perkhidmatan urutan tradisional khususnya kepada wanita.

“Seorang wanita bergelar kakak R dikatakan menjaga pusat urut itu," katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:30:18 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page