Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Proses Undi Semula Cabang PKR Lancar

image
KAPAR, 15 JUN 2014 – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melahirkan rasa puas hati terhadap proses pemilihan semula Cabang PKR yang berlangsung di empat lokasi di sekitar Selangor hari ini.

Menurutnya, proses pemilihan kali ini dilihat berjalan dengan lancar dan lebih teratur berbanding dengan perjalanan proses pemilihan yang lepas.

"Saya sudah mengadakan lawatan untuk meninjau suasana dan perjalanan proses undian yang diadakan pada hari ini, setakat ini saya sudah melawat kawasan mengundi bagi Kapar dan Klang, selepas ini saya akan menuju ke Petaling Jaya Selatan dan Shah Alam," katanya ketika ditemui oleh media di sini hari ini.

Mengulas mengenai pemilihan semula Cabang PKR bagi Kuala Selangor, beliau berkata, tarikh bagi proses pemilihan tersebut masih di peringkat perbincangan dan akan diberitahu kelak.

"Kami masih membincangkan masa yang sesuai bagi mengadakan proses pemilihan bagi kawasan Kuala Selangor, mungkin tarikhnya pada 21 Jun akan datang, kami akan maklumkan semula apabila tarikhnya sudah ditetapkan," katanya lagi.

Pada 11 Mei lalu, kira-kira 10 daripada 22 pemilihan cabang PKR di Selangor terpaksa dibatalkan atas pelbagai sebab termasuk dakwaan wujudnya unsur penipuan dan ketidaktelusan dalam proses pengundian.

Pemilihan itu yang ditangguhkan ke tarikh lain membabitkan Cabang Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang, Kota Raja, Shah Alam, Kapar, Sungai Besar, Subang, Hulu Langat, Hulu Selangor, Sepang dan Selayang.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:25:16 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page