Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

115 Penembak Berlesen Bantu MPK Tembak Gagak

 
PELABUHAN KLANG, 15 JUN 2014 - Majlis Perbandaran Klang (MPK) hari ini menganjurkan Ops Gagak yang disertai lebih 115 penembak berlesen dari sekitar Daerah Klang bertujuan memerangi masalah burung gagak.

Pengarah Jabatan Korporat dan Komuniti MPK, Zaireezal Ahmad Zainuddin berkata, operasi yang diadakan setiap tahun itu juga bertujuan menjaga kebersihan persekitaran daerah tersebut berikutan bilangan burung gagak yang semakin bertambah.

"MPK mensasarkan sekurang-kurangnya 7,000 bangkai gagak dapat dilupuskan dalam operasi yang bermula pukul 6 pagi tadi sehingga 7 malam ini berbanding 6,000 ekor pada tahun lepas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Peserta Ops Gagak dikenakan yuran pendaftaran RM5 seorang dan bagi setiap seekor gagak yang berjaya ditembak, pesertanya diberi habuan sebanyak RM3. - Bernama

Kemaskini pada 2014-06-24 09:10:59 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page