Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Tragedi Ke Tempat Kerja

image
KLANG, 20 JUN 2014 – Hasrat Pegawai Pengurus Latihan Westport ke tempat kerja tidak kesampaian apabila dia maut digilis sebuah kontena di Jalan Kem menuju susur Pelabuhan Barat berhadapan kilang Cargill, di sini semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 8.15 pagi itu, mangsa Mohd Ariff Hashim, 48, beralamat Lorong Saridin, Kampung Delek yang parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC warna hitam dipercayai dalam perjalanan ke tempat kerja di West Port.

“Berdasarkan hasil siasatan, sebaik tiba di tempat kejadian mangsa disyaki terhimpit di antara kenderaan di situ menyebabkannya gagal mengawal motosikal lalu terbalik.

“Dalam masa yang sama sebuah kontena yang kebetulan melalui laluan yang sama gagal mengelak lalu menggilis mangsa. Mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan badan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) bagi bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:24:40 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page