Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Gas Meletup, Pemandu Melecur

image
KLANG, 21 JUN 2014 - Seorang lelaki melecur selepas muatan gas yang digunakan untuk proses mengecat dan kimpalan yang dibawa dalam keretanya meletup secara tiba-tiba, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 10 pagi, lelaki berusia 30an itu melecur hampir 40 peratus di badannya.

Pegawai Bomba Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Maulud Bedul berkata, kejadian disyaki berpunca daripada bahan gas yang dibawa dalam kereta jenis Toyota Hiluxnya di belakang Pasaraya Centrepoint, Jalan Raja Hassan.

“Berdasarkan siasatan, sebelum kejadian mangsa menghidupkan enjin keretanya. Secara tiba-tiba muatan itu meletup menyebabkan kereta terbakar. Mangsa yang cuba selamatkan diri turut disambar api menyebabkan mangsa melecur,” katanya.

Lapan anggota bomba dari Balai Sungai Pinang dan Kota Raja tiba di lokasi sekitar jam 10.34 pagi .

Hasil siasatan mendapati terdapat tiga tong bahan tersebut dalam bahagian belakang kereta.

“Kita syak salah satu tong itu bocor menyebabkan ia meletup. Siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 13:24:32 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page