Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Aktiviti Bakar Kebun Punca Jerebu

 image

KLANG, 2 JULAI 2014 - Kegiatan membakar kebun untuk tujuan pertanian di Kampung Johan Setia, dekat sini masih berterusan walaupun ia tidak serancak seperti sebelum ini.

Kegiatan itu berleluasa awal tahun ini dan berhenti seketika sebelum kembali berlaku sekitar bulan lalu.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi berkenaan mendapati masih terdapat kesan bakar di kawasan kebun berkenaan dan difahamkan ia dilakukan secara kecil-kecilan selepas jam 6 petang.

Kesan pembakaran itu bukan sahaja dirasai penduduk sekitar malah orang ramai yang melalui kawasan itu.

Penduduk, Muhibbuddin Ibrahim, 21, berkata, cuaca di sekitar Kampung Johan Setia panas sekitar jam 11 pagi hingga 7 malam.

“Pada malam hari cuaca agak sejuk kemungkinan tiupan angin dari kawasan yang hujan ke sini. Sejak dua minggu kawasan ini panas dan tidak dilanda hujan,” katanya.

Menurutnya, kemungkinan cuaca panas ini ada kaitan dengan El Nino dan juga kesan kebakaran kebun berkenaan.

Dia tidak menolak kegiatan membakar kebun oleh pengusaha pertanian menyebabkan kawasan ini panas dan sedikit berjerebu.

“Kesan itu menyebabkan batuk dan sakit tekak kepada penduduk seperti orang tua, kanak-kanak,” katanya.

Sementara itu, Sinar Harian dimaklumkan hampir 1,000 penduduk perumahan masing-masing di Taman Setia dan Taman Datuk Setia yang terletak berhampiran kebun sayur berdepan masalah asap dan jerebu kesan pembakaran kebun di situ.

Penduduk, Mohd Ramli Midin, 63, berkata, ramai penduduk mula batuk-batuk disebabkan cuaca kering bercampur asap.

“Tetapi ia semakin berkurangan tidak seperti sebelum ini. Cuaca siang hari juga agak panas bagaimanapun ia kembali sejuk bila malam,” katanya.

Orang awam, Anuar Alias berkata, memang payah untuk mengekang kegiatan seumpama itu jika pengusaha pertanian berdegil dan terus melakukan kegiatan membakar kebun.

“Pihak berkuasa harus mengambil tindakan tegas dalam menangani kegiatan ini yang bermula lebih lima tahun lalu.

“Kesan kegiatan ini turut dirasai bukan sahaja di sekitar Kampung Johan Setia, malah melibatkan Bukit Tinggi, Pandamaran, Pendamar, dan Sijangkang,” katanya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Andalas, Zulkepli Othman, kegiatan membakar kebun kurang rancak kebelakangan ini tetapi ketara pada awal tahun iaitu Januari hingga Mac lalu.

“Masa awal tahun bomba terpaksa berkampung di lokasi bagi mengawal api dan memadamkan kebakaran.

“Namun kini kita hanya bersiap-sedia jika berlaku kebakaran di situ. Pemantauan berterusan masih dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pada Januari hingga Mac lalu lebih 8 hektar tanah kebun dibakar pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan pertanian.

“Berdasarkan kegiatan itu tahun-tahun lalu, sebanyak dua kali ia dilaporkan berlaku dalam setahun.

“Namun kegiatan itu kali ini di sini tidak sehebat di Sungai Tengi dan kawasan kebun di Banting,” katanya.

Katanya, pihaknya sentiasa bersedia dengan kemunculan El Nino yang menyebabkan cuaca panas dan berisiko kepada kebakaran yang tidak dijangka.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, kebakaran di kebun itu tidak rancak seperti sebelum ini.

Menurutnya, minggu lalu pihak MPK melalui pasukan Pintas membantu bomba memadamkan api di sekitar kebun berkenaan.

“Operasi juga dijalankan Khamis lalu bagi menangkap pendatang asing tanpa izin (Pati) yang disyaki bekerja di situ.

“Operasi itu dijalankan MPK bersama jabatan Imigresen, Polis, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Daerah Klang dan Rel. Seramai lapan Pati ditangkap,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga dalam proses merancang semula pembangunan di Kampung Johan Setia yang diketuai Jabatan Perancang Bandar dan Negeri.

“Kita juga sudah minta pihak Pejabat Tanah dan Daerah Klang serta JAS ambil tindakan tegas terhadap pemilik tanah yang terlibat dalam kegiatan pembakaran atas tanah itu,” katanya.


Kemaskini pada 2016-05-20 12:59:53 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page