Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Premis Judi "Online" Diserbu

 image

 KLANG, 2 JULAI 2014 – Sebanyak enam premis perjudian online di sekitar Klang Selatan diserbu dalam Ops Dadu Khas, di sini, semalam dan melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM120,000.

Operasi kira-kira jam 8 pagi hingga jam 3.30 petang itu diketuai Asisten Superintendan Mohd Suhaimi Azamat dari bahagian risikan dan operasi jenayah Klang Selatan dengan keanggotaan 11 pegawai dan 49 anggota.

Menurutnya, serbuan di Bandar Parklands, Pelabuhan Klang, Pandamaran dan Taman Sentosa Klang itu berjaya menahan enam penjaga premis berusia lingkungan 20 hingga 30 tahun.

“Enam pemain berusia 25 hingga 40 tahun di situ turut ditahan. Manakala sebanyak 111 mesin judi online dirampas melibatkan nilai rampasan kira-kira RM120,000,” katanya.

Beliau berkata, modus operandi premis ini menggunakan pintu 'kebal' di depan premis dengan pengawasan kamera litar tertutup (CCTV).

Katanya, pintu itu dikawal menggunakan alat kawalan untuk dibuka selain hanya memastikan pelanggan tetap sahaja dibenarkan masuk.

“Siasatan mendapati premis ini pernah diserbu sebelum ini. Kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.


Kemaskini pada 2016-05-20 12:59:46 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page