Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Lubuk Judi "Online" Diserbu

 image
 KLANG, 3 JULAI 2014 - Polis berjaya mencekup sembilan lelaki tempatan yang sedang leka bermain judi bola sepak Piala Dunia secara ‘online’ menggunakan telefon bimbit di sekitar Klang Utara, sejak 13 Jun lalu hingga semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 25 hingga 30 tahun itu ditahan menerusi empat serbuan berasingan.

Menurutnya, serbuan dibuat di Bandar Baru Klang, Berkeley dan Pekan Kapar membabitkan pusat snuker, restoran mamak dan restoran Cina dalam tempoh beberapa hari berturut-turut.

“Menerusi Ops Soga itu juga, kita berjaya merampas wang tunai berjumlah RM15,000 yang disyaki termasuk dalam nilai pertaruhan.

“Peralatan judi turut dirampas berupa telefon bimbit, mesin faksimile, komputer dan barangan lain yang disyaki untuk kegunaan kegiatan itu,” katanya ketika Sidang Media, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, di sini, semalam.

Menurutnya lagi, hasil siasatan polis turut mendapati dua lelaki yang ditahan itu merupakan pusat kepada kegiatan judi yang membabitkan tujuh lelaki berkenaan.

“Polis akan siasat sama ada wujud ejen dalam kegiatan perjudian itu termasuk menyiasat jumlah sebenar wang pertaruhan.

“Operasi ini akan diteruskan sehingga Piala Dunia berakhir pada 14 Julai depan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Polis Klang Utara turut menyerbu 1591 premis menerusi Ops Dadu Mesin Perjudian (kuda) bermula Januari hingga Jun lalu.

“Sebanyak 2024 mesin set komputer turut dirampas termasuk wang tunai berjumlah RM14,732,” katanya.


Kemaskini pada 2016-05-20 13:00:00 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page