Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Dua Maut, Tiga Motosikal Bertembung

 
image

 KLANG, 8 JULAI 2014 - Dua penunggang motosikal maut manakala seorang lagi parah selepas ketiga-tiga motosikal itu bertembung di Jalan Telok Gong, Pelabuhan Klang, awal pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, dua mangsa yang maut dikenali sebagai  Zuhairiee Hisham, 15, dan Muhammad  Zul Iskandar Johari masing-masing beralamat di Telok Gong dan salah seorangnya maut di tempat kejadian.

Mangsa yang parah pula Muhammad Shazwan Kasrun juga beralamat di Telok Gong.

Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abd Rahman berkata, kejadian melibatkan tiga penunggang motosikal di laluan berkenaan.

“Kejadian dipercayai bermula apabila motosikal yang ditunggang Muhammad Zul Iskandar cuba memotong sebuah lori yang menghala ke Klang lalu bertembung dengan dua motosikal yang ditunggang Zuhairiee Hisham dan Muhammad Shazwan.

“Pertembungan kuat itu menyebabkan ketiga-tiga mangsa terseret dan tercampak ke jalan raya,” katanya.

Menurutnya, Muhammad Zul Iskandar yang merupakan pekerja di West Port parah di kepala dan bahagian belakang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Zuhairiee Hisham yang parah di pangkal paha pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Manakala Muhammad Shazwan yang patah tangan kiri dan kaki kiri kini dirawat di HTAR,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut masih dijalankan bagi menyiasat kejadian itu. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987.


Kemaskini pada 2016-05-20 12:52:00 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page