Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Cita-citanya Mahu Jadi Penyampai Radio

 
image

KLANG, 10 JULAI 2014 - “Arwah Hafiz peminat kelab Manchester United (MU) dan setiap kali perlawanan MU dia pasti menontonnya di restoran berdekatan,” demikian cerita bapa saudara angkat arwah Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, atau Hafiz yang maut dipercayai akibat dipukul bapanya, Ahad lalu di rumahnya di Kampung Jawa, Melaka.

Azhar Muhamad berkata, kerana minat dalam bola sepak, hampir setiap petang Hafiz ke padang untuk bermain bola.

“Arwah bermain bersama kanak-kanak di kampung ini dan paling melucukan arwah paling senior di antara kanak-kanak berkenaan.

“Bagaimanapun sikapnya yang baik hati disegani rakan-rakan lain hingga  ramai yang ingin berkawan dengannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Azhar ditemui ketika lawatan kepimpinan Umno Bahagian Kapar diketuai Datuk Faizal Abdullah yang melawat dan menyerahkan sumbangan kepada ibu dan sembilan adik arwah di kediaman keluarga angkat arwah di Jalan Genting, Rantau Panjang, di sini malam kelmarin.

Azhar yang juga seorang penyampai radio (DJ) di salah sebuah stesen radio berkata, arwah juga kerap bergurau dengan anak saudaranya, bahawa dia minat menjadi seorang penyampai radio.

“Arwah banyak kali beritahu anak saudara saya yang dia ingin jadi seperti pakcik Azhar (saya).

“Perkara ini disuarakan arwah beberapa bulan sebelum dia dibawa bapanya ke Melaka sekitar Disember 2013,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, dia dan keluarga angkat arwah yang juga adiknya, Aznizan Muhamad, 42, pada mulanya enggan menyerahkan arwah kepada bapanya.

“Kami terpaksa serahkan arwah. Namun selepas arwah dibawa ke sana, bapanya sering menghubungi kami meminta wang dengan alasan ingin menghantar arwah belajar di sekolah Tahfiz di Kelantan.

“Kerana arwah kami kirimkan wang untuk perbelanjaannya, bagaimanapun kami tidak sangka itu semua hanya helah bapanya.

“Selepas pemergian arwah barulah semua helah bapanya terbongkar. Pemergian arwah amat kami rasai kerana dia seorang anak yang baik dan rajin walaupun dia pendiam dan tahap pemikirannya yang agak perlahan (IQ rendah),” katanya.

Dalam pada itu, Azhar berkata, pihak Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN)  Selangor telah melawat keluarga itu, kelmarin dan memaklumkan akan menguruskan surat beranak dan kad pengenalan berdasarkan rekod dokumen perubatan mereka.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu keluarga arwah,” katanya.

Sementara itu, Faizal yang juga Pengerusi BN Parlimen Kapar berkata, kepimpinan Umno menyerahkan sumbangan makanan dan wang tunai kepada keluarga arwah bagi meringankan bebanan mereka.

Muhamad Hafiz  dipukul bapanya selepas menyuarakan hasrat mencari kerja bagi membantu meringankan beban keluarga.


Kemaskini pada 2016-05-20 12:51:36 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page