Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Syabas Kenal Pasti Paip Haram

image
KLANG, 12 JULAI 2014 - Tindakan pengusaha kolam pancing membuat sambungan paip secara haram bagi tujuan kerja-kerja pembinaan kolam pancing lebih dua bulan lalu berjaya dipatahkan pihak Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (Span), semalam.

 Pengarah Eksekutif Projek dan NRW, Yusof Badawi berkata, serbuan oleh Syabas dan SPAN  ke kawasan kolam pancing menemui sambungan paip jenis ‘high Density Poly Ethylene (HDPE) berukuran 25 milimeter (mm) yang dibuat secara pintasan ke atas paip utama Syabas.

 Menurutnya, bekalan air terawat yang diambil dari sambungan tidak sah itu disyaki digunakan untuk tujuan kerja-kerja pembinaan kolam pancing ikan di kawasan itu.

“Rekod Syabas menunjukkan premis itu mempunyai akaun bekalan air yang sah berdaftar dengan Syabas.

“Bagaimanapun sambungan paip berukuran 25 mm itu tidak melalui sebarang meter air,” katanya kepada Sinar Harian di lokasi sekitar Pelabuhan Utara, semalam.

 Beliau berkata, hasil ujian klorin yang dibuat pihaknya mengesahkan bekalan air yang diterima adalah air terawat Syabas.

“Berikutan serbuan ini, kita anggarkan kerugian air terawat berjumlah kira-kira 14,392 meter padu atau bernilai kira-kira RM30,000.

“Kita juga keluarkan notis pemberitahuan kesalahan dan tindakan penguatkuasaan bagi membuat tuntutan ganti rugi kehilangan air kepada pihak yang didapati menggunakan bekalan air terawat secara tidak sah,” katanya.

 Yusof berkata, serbuan  adalah ekoran peningkatan kes curi air yang direkodkan Syabas sebanyak 1868 aduan.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:51:31 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page