Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN
qrcode

Penduduk Bengang Tekanan Air Rendah

image
KLANG, 25 JULAI 2014 - Lebih 200 penghuni Flat Suria Pendamar, Pandamaran di sini berdepan tekanan air rendah sejak dua minggu lalu hingga menyukarkan aktiviti harian mereka.

Sinar Harian dimaklumkan penghuni yang mendiami tingkat tiga, empat dan lima yang melibatkan empat blok iaitu A, B, C dan D berdepan masalah itu.

Berikutan itu, penghuni terpaksa menyimpan bekalan air bagi tujuan membersihkan diri, memasak, membasuh pakaian selain terpaksa mengangkut air dari kediaman bawah yang mana tekanan airnya sedikit laju.

Penghuni, S Malar, 45, berkata, tekanan air rendah mendatangkan masalah kepadanya sebagai ibu untuk melakukan kerja rumah.

“Waktu siang tekanan air memang perlahan, lewat malam sampai awal pagi baru tekanan laju. Itu pun dalam tempoh singkat.

“Beberapa hari lepas, tekanan air amat rendah. Saya tunggu sampai jam 3 pagi baru boleh tadah air,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di flat berkenaan, semalam.

Menurutnya, tekanan air agak laju sekitar jam 3 pagi pada hari itu.

“Lepas sejam tekanan air perlahan semula.

“Belum sempat saya cuci baju dan tadah air, memang susah kami dibuatnya," katanya dengan nada kecewa.


Nak buka puasa susah

Penghuni tingkat tiga, Ellin Abd Rahim, 53, yang tinggal di flat itu sejak 12 tahun lalu berkata, tekanan air yang rendah turut menyukarkan dia dan keluarga membuat persiapan berbuka puasa.

“Kami sekeluarga selalunya masak di rumah. Sekarang terpaksa beli makanan di luar.

“Nak cuci beras pun air perlahan, apa lagi nak memasak," katanya.

Beliau berkata, masalah itu turut menjejaskan sambutan Aidilfitrinya bersama keluarga dan jiran-jiran yang hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi.

“Ramai yang membuat kuih-muih sebagai persediaan hari raya terpaksa mengurangkan aktiviti itu.

“Air yang disimpan hanya cukup untuk mandi. Kami mandi pun mandi kerbau sebab air terhad.

“Saya harap pihak berkuasa dapat bertindak cepat bagi mengatasi masalah ini,” katanya.


Terpaksa mandi jimat cermat

Surirumah, Ririn Sanu, 45, berkata, dia terpaksa beli tong air bagi menyimpan air.

“Kami sekeluarga terpaksa mandi berjimat cermat sejak dua minggu lalu.

“Ini sangat membebankan apatah lagi saya ada enam anak kecil,” katanya.

Katanya, pakaian di rumahnya terpaksa disimpan lama sebelum dicuci kerana masalah air.

Penghuni tingkat 5, S Manjula, 35, pula mendakwa, sudah banyak kali dia dan penduduk di sini menghubungi pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) bagi memaklumkan perkara itu.

“Hampir setiap hari kami hubungi mereka. Kami dimaklumkan pam air di flat kami rosak. Mereka minta kami bersabar saja.

“Saya harap pihak Syabas dapat bertindak segera demi kebaikan penduduk,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:50:05 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page