Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

"Lega Bekalan Air Sudah Pulih"

image
KLANG, 5 OGOS 2014 - Penduduk Flat Suria Pendamar, Pandamaran kini mampu menarik nafas lega apabila tekanan air di flat itu pulih seperti sediakala.

 Tekanan air bertambah baik selepas pihak Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) membuat pemeriksaan di tangki milik mereka berdekatan flat itu beberapa jam selepas penduduk mengadu kepada Sinar Harian.

 Ellin Abd Rahim, 53, yang menghuni tingkat tiga flat itu sejak sembilan tahun lalu akui lega dengan perkara itu yang membolehkan dia dan keluarga serta jiran membuat persediaan Aidilfitri.

“Lebih kurang bjam 11 malam, tekanan air kembali pulih. Air pun laju dan kami dah boleh membasuh pakaian yang disimpan beberapa hari serta memasak,” katanya kepada Sinar Harian.

 Menurutnya, pada siang hari juga tekanan air beransur pulih dan mereka dapat melaksanakan aktiviti harian dengan senang hati.

“Sehingga kini (semalam) tekanan air normal dan ini amat menggembirakan saya dan penduduk di sini,” katanya.

 Pihaknya mengucapkan terima kasih kepada pihak Syabas di atas keprihatinan mereka kepada penduduk di sini.

 Sementara itu, penduduk tingkat lima, R Manjula, 35, juga gembira dengan tekanan air yang kembali pulih.

“Kami tidak perlu risau lagi. Malah kami tidak perlu tadah air lagi. Terima kasih Syabas,” katanya.

 Sementara itu, Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan  Hal Ehwal Awam Syabas, Priscilla Alfred berkata, sebaik dimaklumkan penghuni flat berkenaan tekanan air rendah, pihak Syabas segera membuat pemeriksaan di tangki milik Syabas.

“Tiada kerosakan dilaporkan. Cuma penambahan air dibuat. Selang beberapa jam kemudian, tekanan air kembali normal,” katanya.

 Beberapa hari lalu, Sinar Harian melaporkan keresahan penghuni flat Suria Pendamar khususnya yang mendiami tingkat tiga, empat dan lima menghadapi tekanan air rendah.

 Tekanan rendah itu mengganggu aktiviti penduduk seharian sejak dua minggu lalu.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:45:30 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page