Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Air Mungkin Dicemari Racun Perosak

image
KLANG, 10 OGOS 2014 - Penduduk Kampung Johan Setia meminta pihak berkaitan memantau sistem saliran di kampung itu ekoran kerja-kerja pertanian di kebun berdekatan yang disyaki menggunakan racun perosak.

 Tinjauan mendapati kebanyakan sistem saliran di kawasan itu dicemari air berwarna kekuningan.

 Penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad Hassan, 56, berkata, perkara ini sudah lama berlarutan.

“Kawasan ini menjadi lokasi aktiviti pertanian antara terbesar di daerah ini.

“Sudah pasti penggunaan racun perosak adalah tinggi di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

 Beliau berkata, kesan penggunaan racun yang banyak menyebabkan sistem saliran di sepanjang kawasan kebun dan kediaman penduduk dicemari.

“Kami khuatir dengan kesihatan orang ramai termasuk haiwan ternakan yang minum air dari saliran itu.

“Sebelum perkara serius berlaku, pihak berkuasa diminta pantau dan ambil tindakan tegas ke atas pihak berkenaan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:45:17 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page