Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

'Takkan nak tunggu sampai flat runtuh'

image
KLANG, 13 OGOS 2014 - Ibarat nyawa di hujung tanduk. Itulah perumpamaan sesuai bagi menggambarkan keadaan penduduk di Flat Suria Pendamar, Persiaran Selat Selatan, Pelabuhan Klang di sini yang semakin hari diancam risiko berikutan keretakan di kediaman mereka semakin serius.

 Sebanyak empat blok membabitkan 400 unit kediaman berdepan ancaman itu sejak beberapa tahun lalu, namun kini makin kritikal.

 Keretakan itu semakin menjadi-jadi sejak dua minggu lalu sehingga melarat dalam rumah penduduk dan juga tangga yang menghubungkan antara tingkat.

 Lebih membimbangkan lantai di tingkat tiga semakin senget dan tidak rata seolah-olah bahagian bawahnya mendap.

 Malah beberapa besi tangga turut meletup kuat sebelum simennya retak bagaikan bunyi letupan mercun.

 Penghuni tingkat tiga blok A, Ellin Abd Rahman, 53, berkata, dia terkejut terdengar bunyi letupan kuat yang pada awalnya disangka bunyi mercun sejak dua minggu lalu.

“Bila anak saya menjerit, saya cepat-cepat keluar dari rumah dan terkejut lihat simen dan besi di bahagian bawah tangga retak dan pecah.

“Saya segera panggil anak-anak dan kanak-kanak lain yang bermain atas tangga dan laman berdekatan agar turun kerana risau keselamatan mereka,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di flat itu, semalam.

 Menurutnya, keretakan di flat ini semakin serius dan ruangnya pula semakin membesar.

“Bila-bila masa rumah kami boleh runtuh,” katanya risau.
 

Kemaskini pada 2016-05-20 12:44:48 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page