Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Pelajar ditetak kerana RM15

image
KLANG, 26 OGOS 2014 - Hanya kerana wang RM15, seorang pelajar tingkatan empat parah di bahagian tangan selepas ditetak dengan parang oleh dua lelaki berdekatan sebuah pasar raya di ×Taman Klang Utama, di sini ×Sabtu lalu.

 Ekoran kejadian itu, tangan mangsa yang dikenali sebagai Yong Meng, 16, tidak mampu berfungsi dengan baik selepas urat tangannya disyaki putus 80 peratus dan gagal berfungsi seperti sebelum ini.

 Yong Meng berkata, kejadian berlaku ketika dia menunggang basikal untuk ke pasar raya itu sekitar jam 8 malam.

“Sewaktu hampir nak sampai, sebuah motosikal dinaiki dua lelaki mendekati saya. Mereka ugut saya serahkan wang sambil mengacukan parang di leher saya,” katanya.

 Menurutnya, kegagalannya menyerahkan wang menyebabkan salah seorang daripada lelaki itu cuba mengangkat parang ke arahnya.

“Saya segera pertahankan diri dengan mengangkat tangan akibatnya tangan saya terkena parang. Mereka segera merampas wang berjumlah RM15 dalam kocek saya dan terus melarikan diri,” katanya yang membuat laporan ×Polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara.

 Yong Meng menceritakan kejadian itu kepada Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan yang melawatnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

 Hadir sama, Pengerusi Dap Taman Klang Utama, Ng See Leong.

 Sementara itu ×Manivanan berkata, pihaknya berharap polis dapat membuat rondaan lebih kerap di kawasan kejadian.

“Saya dimaklumkan pada hari kejadian, terdapat seorang lagi warga emas turut disamun dan dicederakan. Saya mengesyaki kemungkinan kejadian itu dilakukan suspek yang sama,” katanya.

 Beliau berkata, sehingga kini penduduk mendakwa kes yang sama sudah banyak kali berlaku dan sasarannya adalah golongan kanak-kanak, warga emas dan wanita.

“Saya harap suspek berkenaan dapat diberkas segera kerana kejadian tersebut membimbangkan penduduk di situ yang mana mangsa bukan sahaja disamun malah turut dicederakan,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:44:04 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page