Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Peniaga Warga Asing Degil Terima Balasan

image
KLANG, 29 OGOS 2014 - Tindakan degil peniaga warga asing menjalankan perniagaan haram memaksa pihak berkuasa membuat tujuh sitaan dalam satu operasi bersepadu di pasar pagi Jalan Papan, Pandamaran, di sini.

 Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Datuk Mohammad Yacob berkata, sitaan tersebut dilakukan bermula 13 hingga 22 Ogos lalu.

“Operasi bersepadu itu diselaraskan Jabatan Penguatkuasa bersama Jabatan Pelesenan, Kejuruteraan, Perkhidmatan Persekitaran, Bangunan dan Jabatan Kesihatan MPK.

“Operasi itu dijalankan seawal jam 5.30 pagi yang menyasarkan peniaga asing dan peniaga tanpa lesen (haram),” katanya kepada Sinar Harian.

 Menurutnya, operasi itu turut melibatkan pemeriksaan kewujudan struktur haram serta masalah sampah yang sering menjadi isu di pasar berkenaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati terdapat peniaga yang membuat sambungan atau pendawaian haram bagi mendapatkan bekalan air dan elektrik melalui tandas awam yang disediakan pihak majlis.

“Perkara berkenaan telah dirujuk untuk tindakan lanjut dan sitaan dilakukan mengikut kesalahan Undang-Undang Kecil (UUK) 3 Penjaja MPK 2007.

“Malah sebanyak 90 notis dikeluarkan Jabatan Kejuruteraan kepada pemilik untuk merobohkan binaan atau struktur tanpa izin masing-masing,” katanya.

 Dalam pada itu, Mohammad berkata, pasar pagi yang mula beroperasi sejak 2004 itu turut menyaksikan pertambahan petak niaga yang mendadak terutama pada Sabtu dan Ahad.

“Masalah kebersihan turut membelenggu kawasan persekitaran ekoran sikap segelintir peniaga yang gemar membuang sampah ke longkang.

“Lebih memburukkan lagi keadaan apabila sebahagian besar peniaga tidak membersihkan petak perniagaan selepas beroperasi menyebabkan kawasan setempat kelihatan kotor dan berbau busuk,” katanya.

 Beliau berkata, pihak majlis akan memberi perhatian terhadap isu di pasar pagi Jalan Papan dan tidak akan berkompromi terutama isu melibatkan peniaga asing dan peniaga haram serta binaan tanpa kebenaran.

 Katanya, operasi seperti ini akan diadakan secara berterusan.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:41:59 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page