Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS

KLIK/SCAN
qrcode

Nyata sokongan kepada sultan

image
KLANG, 9 September - Lebih 100 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Parlimen Kota Raja mengadakan perhimpunan semalam bagi menyatakan sokongan penuh kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Mengetuai NGO yang terlibat, Pengerusi Kelab Sosial dan Energetik Selangor, Mohd Khusyairi Abd Aziz berkata, himpunan itu turut tertumpu kepada isu Menteri Besar Selangor kini yang menjadi perebutan antara individu dan parti politik tertentu.

“Kami amat kesal apabila terdapat individu dan parti politik yang berani menderhaka kepada sultan demi mengejar cita-cita mereka untuk menjadi menteri besar.

“Prinsip itu bercanggah dengan Rukun Negara dan Raja Perlembagaan apatah lagi kita kini hidup dalam aman dan tenteram,” katanya di lokasi perhimpunan di Jalan Raja Jumaat, berdekatan Masjid Sultan Sulaiman, di sini lewat petang semalam.

Turut serta NGO daripada Waris Malaya, Belia Kota Raja, Belia 4B dan Persatuan Penduduk Kampung Jawa.

Dalam pada itu beliau berkata, seluruh NGO yang berhimpun turut mengecam tindakan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berusaha untuk melantik isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kami sebagai anak Selangor menentang keras tindakan itu yang seolah-olah mengenepikan hak dan kebolehan anak Selangor.

“Ramai lagi anak Selangor yang layak kenapa harus pilih Wan Azizah yang sudah sah bukan anak jati negeri ini?

“Kami juga menyokong kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang yang turut menolak Wan Azizah sebagai calon menteri besar,” katanya.

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 5 petang itu turut menyaksikan seluruh ahli NGO berarak sejauh kira-kira 100 meter bagi menyatakan sokongan itu kepada umum.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:41:38 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page