Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Teksi haram 'curi' penumpang

image
PUSAT BANDAR KLANG, 9 September – Kewujudan teksi haram yang tidak berdaftar menyebabkan berlaku persaingan pendapatan antara pemandu berdaftar dan tidak sah.

Yang Dipertua Persatuan Tuan Punya serta Pemandu Teksi/Kereta Sewa Klang dan Pantai Selangor, Idris Abu Bakar berkata, teksi haram ini akan mengambil penumpang di mana-mana sahaja tanpa mempedulikan teksi yang berdaftar.

“Mereka tak ikut peraturan yang ditetapkan malah ada juga kalangan mereka didominasi warga asing.

“Kita harap pihak berkuasa dapat pantau dan ambil tindakan dalam menangani isu tersebut,” katanya.

Menurutnya, pendapatan pemandu teksi turut terjejas sejak pemindahan stesen bas dari pusat Bandar Klang ke Klang Sentral, Meru beberapa tahun lalu.

Menurutnya, kesan perobohan hentian teksi itu juga menyebabkan hentian teksi turut dipindahkan ke hentian P2 di Jalan Pasar atas arahan pihak berkuasa.

“Kedudukannya yang jauh kira-kira 200 meter daripada pusat hentian yang dirobohkan itu turut beri kesan kepada pemandu teksi.

“Siapa yang mahu jalan jauh untuk ambil teksi. Sebab itu ramai penumpang ambil teksi yang tidak berdaftar di sekitar pusat bandar,” katanya.

Beliau berkata, penambahan jumlah teksi melebihi permintaan juga menjadi faktor pendapatan pemandu teksi berdaftar turut terjejas.

Katanya, hingga kini ahli yang berdaftar seramai 120 orang terpaksa menambah pendapatan dengan cara sendiri sama ada melalui penumpang tetap atau sebagainya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:41:30 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page