Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Ada pihak menentang pelantikan JKKKP baharu

image
KLANG, 11 September - Walaupun watikah pelantikan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Raja Uda sudah dibuat pada 2 September lalu, namun masih ada pihak yang tidak berpuas hati.

Sehubungan itu, beberapa kain rentang digantung di sekitar kampung ini termasuk di pintu pagar masjid oleh pihak berkenaan sebagai tanda protes terhadap Pengerusi JKKKP, Bustamam Alias yang baharu dilantik.

Bustamam yang juga Setiausaha Masjid Kampung Raja Uda merangkap Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Raja Uda dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Raja Uda, telah diasak dengan pelbagai dakwaan selepas beliau dilantik memegang jawatan itu termasuk beberapa jawatan lain sebelum ini.

Penduduk kampung yang mahu dikenali Ahmad Maslan Abdullah, 54, berkata, pihaknya kesal dengan perebutan jawatan berkenaan yang dilihat semakin panas dan tidak menemui jalan penyelesaian.

“Situasi ini makin diketahui umum berikutan tindakan pihak tertentu yang menggantung kain rentang pada Jumaat lalu termasuk membuat hebahan di laman sosial Facebook.

“Kami bertambah kesal apabila pihak berkenaan mendakwa seluruh penduduk Kampung Raja Uda dan pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) di sini tidak menyokong pelantikan Bustamam bagi menggantikan Abu Bakar Bachok, 68, yang sudah tamat perkhidmatannya.

“Penduduk dan NGO tidak pernah kata setuju atau sebaliknya jadi jangan kaitkan penduduk dan semua NGO di sini,” tegasnya.

Penduduk, Dollah Mustakim, 50, berkata, penduduk dimaklumkan terdapat pihak tertentu yang inginkan jawatan berkenaan.

“Bagaimanapun, kepimpinan Umno Bahagian Klang telah sepakat memilih Bustamam Alias sebagai Pengerusi JKKKP yang baharu selepas mengambil kira banyak perkara.

“Ketidakpuasan hati pihak berkenaan menyebabkan isu ini makin hangat dan menjadi heboh dalam kampung ini,” katanya.

Beliau berkata, perebutan jawatan itu turut menjejaskan Umno di cawangan berkenaan.

“Bagaimana kita ingin merampas Selangor daripada PR jika pemimpin akar umbi masih bercakaran antara satu sama lain.

“Oleh itu, kami harap kepimpinan bahagian dapat selesaikan isu ini segera kerana jejaskan nama parti,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:41:23 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page