Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

'Kulit Chacha kering, merekah'

image
BANDAR BARU KLANG, 23 SEPTEMBER 2014, “Saban hari Chacha mengalirkan air mata menahan kesakitan. Penderitaan yang ditanggungnya terlalu besar,” demikian luahan hati, Mazlina Mahad, 31, ibu kepada Syasya Wardia Adrieyana Mohd Affizal atau Chacha tatkala melihat anaknya mengerang kesakitan.

Chacha, 7, kini terpaksa menanggung kesakitan apabila bahagian kulit yang terkena minyak panas semakin mengering.

Mazlina berkata, rekahan itu menyebabkan anaknya sering mengadu sakit dan pedih yang teramat.

“Chacha terpaksa menahan kesakitan. Dia langsung tidak meraung sebaliknya hanya mengalirkan air mata.

“Saya dapat rasai apa yang dia lalui. Saya hanya mampu berdoa agar Chacha kuat semangat melalui kesakitan ini,” katanya sebak.

Menurutnya, sehingga hari ini (semalam) sudah masuk tiga minggu Chacha dirawat di Hospital KPJ Spesialist.

“Doktor kini meneliti perkembangan kulit Chacha yang sedang merekah. Saya dimaklumkan, doktor akan buat tampalan di bahagian yang melecur dengan mengambil kulit di bahagian paha,” katanya sambil memberitahu operasi berkenaan akan dilakukan di KJP Spesialist Damansara.

“Saya hanya tunggu arahan doktor untuk pindahkan Chacha ke sana. Kami sekeluarga bersyukur sebab pihak terlibat menanggung kesemua kos rawatan” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya akan melihat perkembangan Chacha dari semasa ke semasa dan berharap Chacha pulih seperti sediakala.

“Saya masih belum membuat sebarang keputusan terhadap pihak terlibat, sebab saya lebih tumpu kepada harapan untuk melihat anak saya lekas sembuh macam biasa," katanya.

Pada 6 September lalu, Chacha adalah salah seorang daripada empat mangsa yang tergelincir di atas lantai yang ditumpahi minyak panas ketika dia cuba menyelamatkan diri selepas periuk digunakan untuk memasak aiskrim goyang terbalik di sebuah pasar raya di Bukit Tinggi, di sini.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:36:01 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page