Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
Portal Rasmi
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG
Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCAN


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN

ADUAN PENCEROBOHAN / PENYALAHGUNAAN TANAH KERJAAN SCAN

Meninggal pada hari majlis tahlil

 
PELABUHAN BARAT, 28 SEPTEMBER 2014 - “Saya tak sangka pemergian abang jatuh pada hari keluarga ibu saudara kami buat kenduri tahlil hari ini (semalam),” cerita Muhammad Amran Sulaiman, adik kepada Mohd Bohari Mokhtar, 61, yang maut digilis lori kontena di Jalan Pelabuhan Barat, semalam.

Dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari itu, mangsa yang menunggang motosikal bersendirian digilis sebuah lori kontena.
Muhammad Amran berkata, ibu saudaranya sudah lama merancang untuk mengadakan majlis tahlil bagi ahli keluarga yang sudah meninggal.

“Tak sangka majlis tahlil itu turut diadakan serentak untuk abang yang meninggal hari ini (semalam),” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), semalam.

Menurutnya, Mohd Bohari anak kedua daripada lapan beradik itu merupakan pesara kerajaan dan dia menghadapi masalah tekanan mental sejak beberapa tahun lalu.

“Dia tak kacau orang. Dia suka buat hal sendiri. Dia suka jalan-jalan dengan motosikal. Paling jauh dia pergi pun bandar Klang,” katanya.

Sebelum ini, abangnya  suka menaiki basikal mengelilingi kampung.

“Jadi saya belikan dia motor dua tahun lepas. Tak sangka, dia meninggal ketika menunggang motor yang saya hadiahkan,” katanya sebak.

Abangnya duda anak empat, tinggal bersama ibu mereka di Kampung Sungai kembong, Pulai Indah selepas berpisah dengan isteri.

“Dia memang rapat dengan ibu kami (Sumiah Bakar, 84). Hanya ibu yang faham dia kesunyian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Bahagian Ketenteraman Awam (KBKA) yang juga Ketua Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosly Abdul Rahman berkata, kejadian berlaku apabila lori kontena itu gagal mengelak ketika mangsa secara tiba-tiba mengubah haluan motosikal ke kanan.

“Akibatnya motosikal mangsa dirempuh lalu digilis lori berkenaan menyebabkan organ dalaman mangsa hancur,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perigi Nenas, Pulau Indah.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:35:51 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page