Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Rumah kosong perlu dipantau

image
 
 KLANG SELATAN, 16 Oktober 2014 - Premis kosong dan terbiar harus diberi perhatian kerana berisiko menjadi tempat pembiakan jentik-jentik sehingga mengundang kepada penyakit denggi.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi di kawasan ini, khususnya di Taman Sentosa mendapati banyak deretan premis dan rumah kosong yang terbiar dipenuhi sampah sarap.

Turut membimbangkan apabila botol-botol dan bekas yang dibuang di situ menakung air hingga berisiko menjadi sarang aedes lebih-lebih lagi kedudukannya di kawasan kejiranan.

Orang awam, Naznan Masri, 35, berkata, pemilik tidak patut membiarkan premis tidak ditutup hingga diceroboh pihak tidak bertanggungjawab.

“Walaupun tak ada penghuni atau penyewa, pemilik kenalah kunci rapat sebagai langkah keselamatan peralatan dalam premis.

“Kalau tak tutup rapat, penceroboh terutamanya penagih dadah akan jadikan premis itu tempat lepak atau lepaskan gian,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, plastik atau tin berisi sisa baki air atau barangan berupa bekas yang ditinggalkan golongan berkenaan juga boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes.

“Mereka yang tinggal dekat dengan lokasi berkenaan pun terdedah risiko dijangkiti wabak denggi termasuk orang awam yang lalu-lalang di kawasan itu,” katanya.

Dalam pada itu, Noremy Othman, 36, berkata, pihak berkuasa juga harus memainkan peranan dengan memeriksa premis atau rumah kosong bagi mengelakkan ia menjadi lokasi penyebaran wabak itu.

“Kalau betul ada air bertakung dan jentik-jentik, pihak berkuasa kena ambil tindakan tegas terhadap pemilik premis.

“Ia sebagai pengajaran berguna agar mereka tidak sewenang-wenangnya memandang mudah perkara ini,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa boleh bertindak tegas terhadap pemilik yang degil apatah lagi dengan pertambahan kes denggi di daerah dan negeri ini.

“Malah orang awam harus berperanan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa jika wujud lokasi yang terdedah kepada denggi agar tindakan atau langkah pencegahan dapat dilakukan dengan pantas,” katanya.

Kemaskini pada 2016-05-20 12:35:16 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page