Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Penduduk pangsapuri mohon campur tangan Sultan

KLANG, 23 November 2014 - Penduduk Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran memohon campur tangan Sultan Selangor untuk menyelesaikan masalah kelewatan dalam kerja membaik pulih bumbung pangsapuri berkenaan yang rosak akibat ribut taufan pada 21 Oktober lepas.

Pengerusi persatuan penduduk pangsapuri berkenaan, Muhammad Adam Prakash berkata, pihaknya telah mengemukakan aduan mengenai masalah itu kepada kerajaan negeri namun tiada  tindakan susulan diambil untuk membaik pulih bumbung di Blok A, Blok B dan Blok C pangsapuri itu.

"Sehingga kini, kerja-kerja membaiki tangki air di  pangsapuri ini tidak dilaksanakan menyebabkan pemasangan bumbung baharu tertangguh sejak berlakunya kejadian ribut hampir sebulan lepas.

 "Malangnya, penghuni dari ketiga-tiga blok terbabit tidak ada bumbung langsung dan hanya bergantung harap kepada siling rumah mereka dan keadaan ini membahayakan sewaktu hujan lebat,"  katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sebelum  menyerahkan memorandum tersebut kepada pihak Istana Alam Shah di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Adam Prakash mendakwa pihaknya percaya wujudnya unsur penyelewengan dan salah guna kuasa dalam pemberian peruntukan RM1.5 juta oleh kerajaan negeri untuk kerja membaik pulih pangsapuri itu sebab tiada sebarang petanda kerja-kerja itu disiapkan. 

Dakwanya, peruntukan tambahan sebanyak RM40,000 turut disediakan kerajaan negeri untuk membuat tempat letak kereta di  pangsapuri itu, namun tidak disiapkan sehingga kini.

Dalam kejadian pada 21 Oktober lepas, ribut seakan-akan  puting beliung dan hujan lebat kira-kira 30 minit menyebabkan  berpuluh-puluh buah rumah dan premis perniagaan di kawasan  perindustrian di Pandamaran, rosak teruk selain menyebabkan  pokok tercabut dan tiang tumbang. - Bernama

Kemaskini pada 2014-12-02 09:42:32 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page