Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Penduduk harap isu tanah selesai segera

 
KLANG, 7 Disember 2014 - Selepas menduduki tanah hampir 30 tahun di dua kampung dekat sini, 86

keluarga mengalami mimpi ngeri apabila tanah berkenaan dilelong pihak bank April lalu.
 
Penduduk yang terlibat adalah Kampung Sungai Sireh Tambahan dan Sungai Sireh Utama

menerima notis memaklumkan empat lot tanah itu telah dimiliki oleh orang persendirian.
 
Difahamkan tanah berkenaan telah dibida pada harga RM2.6 juta selepas harga permulaan

dibuka bernilai RM800,000.
 
Ibarat hilang punca, penduduk semakin tertekan kerana kemungkinan mereka akan

kehilangan tanah jika tidak ditangani segera.
 
Dalam perbincangan hari ini turut mendapat perhatian Pengerusi Umno Selangor, Datuk

Seri Noh Omar yang mencadangkan agar penduduk menubuhkan satu jawatankuasa khas

bagi melicinkan masalah tanah yang dihadapi penduduk.
 
Katanya, jawatankuasa itu perlu mendapatkan salinan geran dan mengenalpasti siapakah

pemilik sebenarnya sebelum melakukan tindakan susulan.
 
"Kemudiannya hendaklah mendapatkan perintah kaviet bagi menghalang pemilik baharu

menjalankan sebarang tindakan susulan kepada penduduk.
 
"Bagaimanapun perintah kaviet berkenaan boleh dicabar oleh pemilik tanah dan perintah

berkenaan sah untuk satu tempoh tertentu sahaja," katanya dihadapan lebih 500 penduduk

dua kampung berkenaan.
 
Tambahnya, selepas mendapatkan kesemua dokumen yang diperlukan, beliau bersedia

bersama dengan jatankuasa yang ditubuhkan mengadakan perbincangan dengan

pemiliknya segera.
 
"Saya juga bersedia untuk bersemuka dengan kerajaan negeri membincangkan hal ini bagi

menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.
 
"Jika perlu khidmat peguam, insha-ALLAH kita akan bantu juga bagi membincangkan dan

menggunakan saluran perundangan," katanya.
 
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya yang menjadi orang

tengah pertemuan itu berkata, masalah penduduk itu perlu diselesaikan segera kerana ia

melibatkan jumlah yang besar.
 
"Kasihani mereka, kesemuanya Melayu yang membuka penempatan itu sejak 30 tahun

lalu.
 
"Bayangkan mereka yang semuanya berusia akan meneruskan hidup dalam tekanan bagi

menghadapi masalah ini," katanya.
 

Kemaskini pada 2014-12-08 10:45:48 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page