Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

MPK tidak akan kompromi isu peniaga asing

  KLANG, 25 Januari 2015 - Majlis Perbandaran Klang (MPK) tidak akan berkompromi terhadap isu peniaga asing dan meneruskan tindakan penguatkuasaan terhadap premis yang dikenal pasti khususnya di kawasan ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Mohammad Yacob berkata, antara tindakan bersepadu yang dijalankan ialah di sekitar Jalan Cungah, sekeliling panggung Cathay dan gerai di kawasan industri Bandar Sultan Suleiman serta di Jalan Kem.

Menurutnya, operasi itu juga turut melibatkan perobohan struktur haram oleh jabatan bangunan antaranya di sekitar Jalan Raja Hassan, Jalan Teratai, Taman Sentosa serta Taman Andalas Jaya, namun ada di antaranya tidak sampai enam bulan kemudian beroperasi semula disebabkan kedegilan dan sikap masyarakat yang tidak mengendahkan peraturan yang ditetapkan.

"Dalam masa yang sama, masyarakat juga diminta lebih bertanggungjawab dan jujur dengan tidak menyewakan lesen yang dimiliki kepada warga asing bagi tujuan
perniagaan kerana ia akan menimbulkan masalah kepada pemilik itu sendiri kelak," katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian.

Jelas beliau, selain itu, pemilik tanah dan premis juga diingatkan agar tidak membenarkan warga asing menggunakan aset yang mereka miliki bagi mengelakkan tindakan tegas daripada pihak majlis termasuk perobohan dan sitaan.

Katanya, golongan peniaga sepatutnya lebih bertanggungjawab dan mengambil peluang dengan lesen yang dimiliki untuk memajukan diri dan keluarga serta tidak hanya bergantung kepada sewa yang dibayar oleh orang lain termasuk warga asing yang berniaga di premis mereka.
 

Kemaskini pada 2015-01-27 11:37:20 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page