Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Rumah hampir rebah sembah bumi

  KLANG, 8 Februari 2015 - Sepasang suami isteri di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang di sini terpaksa membesarkan enam anak mereka dalam rumah yang sudah reput dimakan anai-anai dan hanya menunggu masa untuk menyembah bumi.

Norizal Karsani, 40, berkata, dia dan isteri, Norsiah Rashid, 40, tiada pilihan lain terpaksa tinggal di situ kerana itu satu-satunya rumah peninggalan keluarga yang mereka ada.

“Ini rumah ibu bapa mertua saya dan kami tinggal di sini besarkan anak yang berusia antara dua hingga 13 tahun.

“Rasa takut tetap ada, bila fikirkan kalau rumah ini runtuh dan menimpa kami anak-beranak," katanya.

Menurutnya, dia dan isteri hanya bekerja kampung dengan pendapatan yang tidak seberapa, manakala anak sulungnya berusia 13 tahun tidak bersekolah.

Namun kepayahan hidup mereka lapan beranak bakal berubah selepas terpilih menerima bantuan kediaman daripada Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.

"Kami gembira apabila bakal mempunyai kediaman sendiri walaupun lokasinya bukan di sini,” katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas menerima bantuan cek daripada ICU Jabatan Perdana Menteri yang disampaikan Ketua Umno Bahagian Klang, Datuk Nasarruddin M Zin, di sini, baru-baru ini.

Sementara itu, Nasarruddin berkata, keluarga berkenaan bakal mendapat kediaman sempurna yang akan dibina di tanah milik Norizal di Kampung Bukit Kucing, Kuala Selangor.

Beliau berkata, ICU turut menyerahkan sejumlah wang kepada keluarga tersebut sebagai bayaran sewa selama setahun sementara kediaman mereka siap dibina.
 

Kemaskini pada 2015-02-09 12:51:23 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page