Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

5,000 motorsikal berkumpul di Shah Alam

  KLANG, 11 Februari 2015 - Sebanyak 5,000 motosikal berkuasa tinggi akan berhimpun di Shah Alam sempena siri pertama karnival 'Go Motorshow Malaysia 2015-2017' (Gomoma) yang akan mempamerkan hampir 1,000 kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta klasik dan kereta sport, pada Mac ini.

Presiden Kehormat Eksekutif Majlis Komiti Gomoma, Mohd Shu'ef Lamri berkata, himpunan motosikal berkuasa tinggi itu adalah simbolik penganjuran karnival selama tiga hari bermula 27 Mac di Bulatan Bazarena, Stadium Shah Alam selain untuk mengatasi rekod terakhir himpunan 2,000 buah motosikal berkuasa tinggi sebelum ini.

Selain menjadi platform mengeratkan persahabatan antara kelab-kelab permotoran seluruh negara dan mengumpulkan peminat dunia permotoran, karnival juga akan mendedahkan aspek keselamatan menunggang motosikal, katanya pada sidang berita di sini hari ini.

"Kami akan bekerjasama dengan marsyal bertauliah untuk memberi pendedahan ... mempelajari teknik yang betul ketika menunggang motosikal terutamanya motosikal berkuasa tinggi bagi mengelak berhadapan risiko kemalangan jalan raya," katanya.

Katanya karnival Gomoma 2015-2017 dijadual menjelajah ke seluruh negara dalam tempoh tiga tahun bagi mengumpul lebih banyak peminat dunia permotoran yang kini dilihat menjadi trend terbaru gaya hidup golongan muda. - Bernama
 

Kemaskini pada 2015-02-12 08:38:28 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page