Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Maut kedai emas terbakar

  KLANG, 12 Februari 2015 – Seorang maut manakala lima lagi sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai emas di Jalan Tengku Kelana Klang, jam 2.30 pagi, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, berlaku letupan kuat disusuli gegaran dipercayai bermula dari tingkat bawah premis dua tingkat itu.

Letupan disyaki berpunca daripada gas kimpalan emas yang diletakkan di bahagian bawah premis.

“Lima warga India dan seorang lelaki tempatan berjaya menyelamatkan diri melalui pintu premis yang terbuka.

“Namun, ketika operasi pemadaman dilakukan, anggota bomba menemui mayat seorang pekerja dikenali sebagai Subramani, 44, warga India di tingkat atas premis berkenaan,” katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR) untuk bedah siasat.

Sementara itu jurucakap bomba berkata, anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, Sri Andalas dan Kota Raja dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kami menerima panggilan pada jam 2.26 pagi dan kebakaran berjaya dikawal 20 minit kemudian,” katanya.
 

Kemaskini pada 2015-02-13 09:09:04 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page