Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Mayat tak berkepala ditemui di paya

  KLANG, 25 Februari 2015 -  Mayat lelaki tanpa kepala, tangan dan kaki ditemui di kawasan paya berhampiran Jeti Telok Nipah, Pulau Indah, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, mayat tanpa pakaian itu ditemui kira-kira jam 2.30 petang oleh penduduk.

“Pemeriksaan ke atas mayat mendapati badan sahaja ditemui dan dipercayai lelaki.

“Mangsa berkulit putih dan berumur dalam lingkungan 20 ke 30 tahun. Disyaki berbangsa Cina, Vietnam atau Myanmar,” katanya.

Menurut Kamarul Zaman, identiti mangsa yang turut mempunyai tatu Buddha di belakang badan itu masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, pihaknya percaya mayat tersebut sudah kira-kira seminggu ditinggalkan di kawasan berkenaan dan hasil laporan bedah siasat mendapati terdapat kesan tetakan pada belakang badan.

Katanya lagi, polis meminta sesiapa yang kehilangan ahli keluarga menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan.

“Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk bedah siasat,” katanya.
 

Kemaskini pada 2015-02-26 08:05:39 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page