Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Duda curi coli untuk koleksi

  KLANG, 25 Februari 2015 - Seorang duda dicekup selepas dipercayai mencuri coli dan seluar dalam wanita di sebuah rumah di Jalan Sungai Jati, Taman Seri Bahagia, di sini, kelmarin.

Mangsa membuat laporan polis mengenai pecah masuk rumah jam 11 malam.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat berkata, siasatan mendapati duda berusia 35 tahun itu merupakan jiran kepada mangsa tersebut.

Menurutnya, baju dan seluar dalam wanita turut ditemui di rumah suspek.

“Kita percaya suspek yang aktif sejak dua, tiga tahun lalu menjadikan pakaian dalam yang dicuri tersebut sebagai koleksi sahaja.

“Duda itu turut mencuri televisyen, cerek elektrik, kasut, beg, kamera, mesin Jahit dan mesin pencetak. Disyaki, suspek melakukan aktiviti itu secara berseorangan,” katanya.

Lelaki berkenaan disyaki mencuri coli dan seluar dalam wanita di ampaian di sekitar Taman Seri Bahagia, Klang.
 

Kemaskini pada 2015-02-26 08:07:43 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page