Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Minta tangguh pindah selepas Aidilfitri

KLANG, 30 Mac 2015 - Penduduk Jalan Sungai Bertik, Telok Gadong yang terlibat dengan pengambilan tanah untuk pembinaan Jambatan Ketiga Sungai Klang memohon kerajaan negeri memberi tempoh sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri untuk berpindah.

Permohonan itu bagi membolehkan mereka membuat persediaan untuk mencari kediaman baharu selepas rumah mereka dirobohkan nanti.

Penduduk juga kesal apabila hanya menerima surat arahan pengosongan pada 26 Mac lalu yang meminta mereka mengosongkan rumah berkenaan hari ini.

Penduduk, Mohd Afian Ahmad, 30, mendakwa, penduduk tidak dimaklumkan secara rasmi berkenaan pengambilan tanah dan sebagainya.

“Baru 26 Mac kami dapat surat rasmi minta kami pindah, walhal tarikh surat itu 23 Mac.

“Kami sedih. Projek sudah jalan hampir 20 peratus tapi baru sekarang kami diberi taklimat berkenaan arahan berpindah ini,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk, Razman Abu Bakar, 65, berkata, pihaknya kesal kerana kebanyakan tanah di Jalan Sungai Bertik itu adalah rizab Melayu.

“Sepatutnya bila kerajaan ambil tanah yang berstatus rizab Melayu, kami harus diberikan tanah sebagai ganti. Pampasan juga tidak setimpal.

“Kalau diikutkan harga rumah saya sekarang sekitar RM600,000 dan tanah pula sekitar RM39 sekaki persegi, tapi saya dapat kurang dari itu.

“Kami tidak menolak pembangunan oleh kerajaan, tapi pembangunan yang dijalankan harus mengambil kira pampasan setimpal serta melaksanakannya mengikut prosedur agar penduduk faham serta membuat persediaan awal,” katanya ketika ditemui pada pada majlis Taklimat Awam Pelaksanaan Jambatan Ketiga Klang oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Kerjaraya (JKR), semalam.

Sementara itu, wakil MPK, Norfiza Mahfiz berkata, sebarang aduan dan permohonan penduduk akan dibawa ke mesyuarat dan dirujuk pada JKR negeri.

“Penduduk boleh buat permohonan dan cadangan dengan merujuk pada jabatan yang terlibat sama ada JKR, MPK dan pejabat daerah termasuk kepada ahli majlis.

“Pengarah JKR akan semak. Penduduk mohon penangguhan pindah (melibatkan tanah) boleh suarakan pada pejabat tanah,” katanya.

Katanya lagi, sebanyak 54 lot tanah sudah selesai dari segi pembayaran wang pampasan kepada pemilik.

“Mana-mana penduduk yang tak puas hati boleh bawa kes itu ke mahkamah dan mahkamah yang akan putuskan berapa jumlah yang harus dibayar kerajaan negeri.

“Ini projek JKR, MPK hanya membantu untuk beri penjelasan kepada penduduk hari ini (semalam),” katanya.

Sebelum ini, kira-kira  144 pemilik tanah di sekitar kawasan Jalan Sungai Bertik, Teluk Gadong bakal kehilangan tempat tinggal akibat pembinaan Jambatan Ketiga Bandar Klang oleh kerajaan negeri yang dijadualkan siap menjelang Julai tahun ini

Kemaskini pada 2015-03-31 10:07:20 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page