KLANG, 17 Jun 2015 - Satu operasi membabitkan peniaga warga asing dijalankan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) di Kompleks Pasar Besar Meru dengan beberapa agensi lain antaranya Jabatan Imigresen dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), kelmarin. Pengarah Jabatan Penguat kuasa MPK, Andry Arman Marsom berkata, operasi itu turut dibantu Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta. Pemeriksaan dijalankan di Blok A, B dan C, Kompleks Pasar Besar Meru dan seramai 63 individu pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan. "Selepas pemeriksaan dokumen dilakukan, seramai 17 individu ditahan dan dibawa ke Pejabat Imigresen, Pelabuhan Klang kerana tidak mempunyai dokumen sah. "Kehadiran peniaga warga asing di Kompleks Pasar Besar Meru di Jalan Meru menimbulkan rasa kurang senang peniaga tempatankerana berlaku persaingan tidak sihat dan MPK tidak akan berkompromi dalam isu ini," katanya. MPK juga akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga tempatan yang mengaut untung menyewa tapak di pasar itu kepada Pati. |
Kemaskini pada 2015-06-19 16:33:29 daripada Admin ICT