Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH KLANG

Klang Daerah Impian, Makmur & Berwawasan
SELANGOR MAJU BERSAMA
office-icon

 

selangorSELAMAT DATANG [ TUTUP X ]
KE PORTAL RASMI
PEJABAT DAERAH/TANAH KLANG

KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN

KLIK/SCANqr-code


ADUAN / MAKLUMBALAS KLIK/SCAN
qrcode-aduan

Warga emas tertusuk jeriji besi

KLANG, 28 Julai 2015 - Kira-kira enam anggota bomba dikejarkan ke sebuah rumah di Jalan Sungai Pinang untuk menyelamatkan seorang warga emas yang tertusuk besi jeriji pagar akibat jatuh dari tangga ketika memangkas pokok bunga di rumahnya di sini.

Dalam kejadian yang berlaku petang kelmarin, mangsa, Ng Ah Heng, 68, dikatakan tergelincir ketika cuba memanjat tangga lalu jatuh dan tertusuk besi jeriji pagar di pekarangan rumahnya.

Pegawai Kanan Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang, M Sathiaseelan berkata, anggota bomba yang bertugas berjaya menyelamatkan mangsa dengan memotong besi jeriji tersebut dalam masa 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan daripada jiran mangsa pada jam 4.54 petang.

“Ketika anggota tiba, mangsa dalam keadaan sedar dan dia seorang yang sangat kuat kerana mampu bertahan dalam situasi sedemikian.

“Pihak kami cuma memotong bahagian besi jeriji di bahagian bahunya sahaja tetapi tak mencabutnya kerana bimbang berlaku pendarahan yang banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Sathiaseelan, anggota yang bertugas mengalami sedikit kesukaran dan mengambil masa yang agak lama untuk memotong besi jeriji kerana ia diperbuat daripada besi padat.

“Besi pagar tersebut bukan besi kosong macam pagar lain tetapi besi padat yang keras. Anggota bomba terpaksa bertungkus-lumus memotongnya dan mengambil sedikit masa sebelum membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan susulan,” katanya.

Tambahnya, kes seumpama ini jarang berlaku dan beliau menyifatkannya sebagai yang pertama di Klang.
image

Kemaskini pada 2016-05-20 12:25:17 daripada Admin ICT

  •  
  • Print
  • Email this page